Marcel Kalonda meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendakwa dokumen yang dikemukan beliau untuk bergelar pemain naturalisasi sebagai tidak sah.
Malah pemain pertahanan itu mempertahankan kedudukannya sebagai calon pemain warisan, dan bersedia mengemukakan permohonan baharu bagi merealisasikan impiannya beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
“Bagaimana saya boleh (dikatakan) mempunyai dokumen palsu,” ujar beliau kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam ketika dihubungi melalui panggilan telefon pada hari ini.
Kalonda nafi tipu FAM
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 8, 2020
“FAM menerusi media pada mulanya berkata semuanya (urusan menunjukkan) positif.
“Saya bersedia dan berhasrat beraksi untuk negara kelahiran bapa saya (Sabah).”
Kalonda turut berkata dakwaan mengemukakan dokumen palsu atau tidak sah adalah tuduhan yang berat.
Satu dokumen yang dipercayai tidak sahih membabitkan permohonan Marcel Kalonda untuk jadi pemain warisan negara adalah sijil lahir bapanya. @ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 8, 2020
Malah beliau berkata tuduhan sedemikian boleh menjejaskan imej beliau sebagai pemain profesional.
“Saya amat kecewa dengan dakwaan FAM itu. Apa yang mereka katakan tidak bagus kepada saya. Saya seorang pemain yang bersikap profesional.
“Ia tidak bagus. Orang akan menilai bahawa saya telah mengemukakan dokumen palsu,” katanya lagi.
Usah ghairah dengan pemain luar, FAM tetap utamakan bakat pemain tempatan.
Perbincangan mendalam mengenai isu Marcel Kalonda bersama GS FAM. @ASTROARENA pic.twitter.com/S0WbVeB8Iv
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 8, 2020
Berdasarkan laporan oleh wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Adam yang turut menemui Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengenai isu Kalonda mengesahkan satu dokumen yang dipercayai tidak sahih membabitkan permohonan pemain itu adalah sijil lahir bapanya.
Dalam satu kenyataan media yang disiarkan semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia mengesahkan tidak akan meneruskan niat menjadikan Marcelo Kolonda sebagai pemain naturaliasi.
Ia selepas pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan salah satu dokumen yang diserahkan oleh pemain pertahanan daripada Congo itu mengandungi maklumat tidak sahih.
Nama Kalonda sebelum ini menjadi sebutan peminat bola sepak di Malaysia selepas dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia selepas datuknya berasal dari Sabah.
Sumber: Stadium Astro