Setelah sah akan tersingkir dari LaLiga selepas tewas kepada Barcelona pada awal pagi tadi, Espanyol kini turut dilaporkan sedia melepaskan pemain utamanya.
Penularan wabak sehingga menyebabkan saingan tertangguh sebelum ini memberi kesan yang besar kepada ekonomi kelab-kelab bola sepak, termasuk Espanyol.
Dan salah satu cara untuk pulih, sudah tentu dengan cara menjual beberapa pemain mereka.
RCD Espanyol was relegated to LaLiga 2 after its defeat by FC Barcelona, which came as a blow for Chinese player #WuLei who has been playing for Espanyol since 2019. It’s uncertain whether he may stay with Espanyol or head to the English Premier League. https://t.co/g5TzUJGCZx pic.twitter.com/fqmIkisnkg
— The Paper 澎湃新闻 (@thepapercn) July 9, 2020
Beberapa laporan media dari Sepanyol dan UK sendiri mengatakan penyerang Espanyol dari Chinga, Wu Lei dikhabarkan bersedia untuk berhijrah ke Premier League.
Sumber yang sama mendakwa sekurang-kurangnya dua kelab Premier League, iaitu Wolves dan Watford sedang mengikuti rapat perkembangan pemain itu.
Watford kini dikatakan menjadi pilihan untuk mendapatkan Wu Lei. Namun Wolves juga mempunyai rekod baik memancing pemain dari La Liga.
No miracle: Espanyol were relegated to Segunda Division with 3 matches remaining after a 1:0 loss to Barcelona. Wu Lei failed to shine as the last encounter vs. the Catalonia superpower after being introduced to the game in the 85'. The end of Espanyol's La Liga stint from 1994. pic.twitter.com/dcH85DmYp3
— Titan Sports Plus (@titan_plus) July 9, 2020
Musim ini, Wu Lei telah menjaringkan 8 gol bersama Espanyol.
Wu Lei didatangkan Espanyol dari Shanghai SIPG pada 2019 dengan nilai perpindahan 1.8 juta pounds.
Di Liga China, Wu Lei sendiri menjadi penjaring terbanyak kedua sepanjang zaman Shanghai SIPG dengan 102 gol.
Wu Lei juga memegang rekod sebagai pemain termuda beraksi di Liga China pada usia 14 tahun.
Wu Lei mencipta sensasi tersendiri bagi peminat bola sepak di China karena bermain di Espanyol.
Setiap kali Wu Lei bermain, pemegang hak siaran LaLiga di China meraih keuntungan besar kerana jumlah penonton yang tinggi. Malah beliau turut dianggap sebagai ‘Maradona dari China’ kerana tarikan yang diberikannya.
Januari lalu, Wu Lei menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Barcelona.
Gol dari Wu Lei membantu Espanyol mengikat Barcelona dengan jaringan 2-2 pada ketika itu.
Sehingga kini Wu Lei sudah tampil lebih dari 40 perlawanan untuk Espanyol sejak Januari 2019, dan merupakan pemain pertama dari China yang menjaringkan gol di divisyen teratas Sepanyol.