Manchester United Tak Perlukan Harry Kane – Solksjaer

Sehingga kini belum boleh dipastikan bilakah Premier League akan kembali.

Namun keadaan ini tidak menghalang Manchester United daripada mempersiapkan pasukan mereka untuk saingan pada musim hadapan, dengan usaha keras pelbagai pihak di sebalik tabir untuk membawa pemain baharu.

Antara pemain yang dikait rapat dengan Manchester United adalah penyerang Tottenham dan kapten England, Harry Kane.

Pemain itu dikatakan mempunyai tanda nilai £200 juta. Real Madrid sudah pun menarik diri daripada mencetuskan perang bidaan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Ini bermakna ia terpulang kepada United untuk membyar jumlah tersebut dan meyakinkan Spurs untuk menjual aset mereka itu.

Namun laporan terbaru dari England mengatakan United juga dikatakan tidak berminat dengan Kane kerana Ole Gunnar Solksjaer berpendapat Marcus Rashford mampu melakukan tugasan yang sama seperti Kane.

Rashford yang kini berusia 22 tahun telah menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan pada musim ini dan menjaringkan 64 gol keseluruhan dari 201 penampilan untuk United.

Kane pula telah menghasilkan 17 gol pada musim ini, yang turut dihantui oleh kecederaan. Namun secara keseluruhan, Kane menjaringkan 181 gol dari 278 penampilan untuk Spurs.

Masih awal untuk membandingkan pemain seperti Rashford dengan kemampuan seperti Kane.

Tetapi tindakan Solksjaer menolak Kane bermakna pengurus dari Norway itu enggan merencatkan pembangunan Rashford.

Siapa tahu, Rashfor mungkin berpotensi mencapai perkara yang lebih besar dari Kane pada masa akand datang.

 

Kongsi artikel ini