Manchester United berkata penularan wabak dunia telah menyebabkan kelab itu mengalami kerugian sebanyak £28 juta – dan jumlah akhir kerugian dijangka akan lebih banyak dari itu.
United semalam mengumumkan laporan kewangan suku ketiga musim 2019/20, bertarikh sehingga 31 Mac tahun ini.
Impak krisis
Ketua Pegawai Eksekutif Kewangam, Cliff Baty berkata pihak kelab terpaksa membayar kembali hak penyiaran berjulah £20 juta, walaupun kempen pada musim ini akan ditamatkan sehingga habis.
United turut mencatat kerugian sebanyak £8 juta pada penghujung Mac selepas tiga perlawanan terakhir mereka pada bulan tersebut telah ditangguhkan.
Manchester United have seen a 42% rise in the club's net debt during the first three months of 2020, up to an overall £429.1million💸 pic.twitter.com/xbbnQc5vbe
— VBET News (@VBETnews) May 21, 2020
Bercakap melalui panggilan video, Baty menjelaskan bayaran kembali hak penyiaran terpaksa dilakukan disebabkan perubahan tarikh perlawanan akibat penangguhan yang dilakukan.
Dan apabila perlawanan ditangguhkan – termasuk Europa League dan Piala FA – ia turut menjejaskan pendapatan yang dijana dari tajaan dan hasil jualan, selepas butik rasmi milik kelab masih ditutup sehingga kini.
Menurut Baty lagi, nilai kerugian tidak akan dibantu dengan hakikat perlawanan yang bakal disambung nanti bakal berlangsung tanpa kehadiran penyokong di stadium.
Kerugian Manchester United melambung
United enggan meletakkan jumlah keseluruhan kerugian disebabkan krisis yang melanda dunia pada ketika ini. Tetapi Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward berkata jumlah tersebut hanya akan jelas selepas tamat suku terakhir musim ini yang berakhir pada 30 Jun.
“Hasil kewangan pada suku ketika hanya menggambarkan sebahagian daripada impak wabak kepada kelab, tetapi impak keseluruhan hanya akan boleh dilihat pada suku terakhir dan yang seterusnya,” kata Woodward.
"One of the most extraordinary and testing periods in the 142-year history of Manchester United."
Ed Woodward confirms that United's debt has risen close to £430 million: https://t.co/I2XogvIpJH pic.twitter.com/US9X59a5En
— ESPN FC (@ESPNFC) May 21, 2020
Keuntungan keseluruhan pada suku ketiga susut 18.7% kepada £123.7. Hutang terkumpul pula meningkat dari £124.4 juta to £429.1 juta.
Baty berkata pembatalan perlawanan menentang Tottenham pada 15 Mac sahaja sudah menyebabkan kerugian £4 juta.
Walaupun menyedeari ia tempoh yang sukar dan impak krisis tidak akan hilang begitu sahaja pada tahun-tahun mendatang, Woodward yakin masa depan kelab terjamin kerana mempunyai asas kewangan yang kukuh.
Apa yang dihadapi oleh United pada ketika ini adalah gambaran kepada masalah kewangan yang bakal ditanggung oleh kebanyakkan kelab Liga Perdana Inggeris yang lain.
Peningkatan hutang United bagaimanapun sudah dijangka, selepas membelanjakan kira-kira £190 juta untuk menandatangani pemain-pemain baharu seperti Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Daniel James dan yang terbaharu, Bruno Fernandes dalam tempoh 12 bulan yang turut memberikan impak kepada nilai hutang tersebut.
Ed Woodward turut menjelaskan fokus utama kelab itu kini adalah tertumpu pada isu kesihatan. Beliau turut gembira dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak termasuk kaitangan penyokong Red Devils dalam mendepani krisis yang sedang berlaku di seluruh dunia.
“Sejak permulaan pandemik, Manchester United dan yayasannya telah menyediakan pelbagai bentuk sumbangan kepada pekerja barisan hadapan, pihak hospital, badan kebajikan dan sekolah dalam komuniti setempat.”
Walaupun berhadapan kerugian pada suku ketiga musim ini, United dijangka tidak bermasalah untuk berbelanja besar pada musim panas akan datang berdasarkan rekod keuntungan tahunan yang direkodkan sebelum ini.