Bruno Fernandes diberikan penalti yang dianggap kontroversi dalam perlawanan menentang Aston Villa.
Ini bermakna skuad Ole Gunnar Solksjaer kini menjadi pasukan paling banyak diberikan sepakan penalti dalam sejarah Premier League dalam tempoh semusim.
Pengadil memberikan sepakan penalti pada minit ke-27 perlawanan selepas Fernandes dijatuhkan pemain pertahanan Villa, Ezri Konsa.
Bruno Fernandes scores again 🔥
Should Manchester United have been awarded the penalty though?
📺 Watch on Sky Sports PL
📱 Follow #AVLMUN here: https://t.co/pe3ZUO6XDT
📲 Download the @SkySports app! pic.twitter.com/inCG0doC0m— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 9, 2020
VAR turut tidak menukar keputusan yang telah dibuat oleh pengadil.
Jika dilihat berulang kali, ia seperti terlalu mudah penalti tersebut diberikan kepada United.
Tetapi perkara lebih penting bagi United dan Solskjaer ialah keyakinan Fernandes untuk menyempurnakan sepakan.
Sepakan tersebut adalah yang ke-13 buat United pada musim ini.
Only two teams have been awarded 10+ penalties in the Premier League this season:
🔴 Manchester United (13)
🔵 Manchester City (10)A City United. pic.twitter.com/lnc4cFisPo
— Squawka Football (@Squawka) July 9, 2020
Tidak ada pasukan yang dinaugerahkan penalti sebanyak United di dalam tempoh semusim sejak era Premier League.
United terus garang dalam perlawanan ini apabila rembatan kaki kanan Mason Greenwood pada babak akhir separuh masa kedua menggandakan kelebihan buat mereka.
Paul Poga turut menamatkan kemarau jaringan selama 15 bulan apabila percubaan dari luar kotak penalti pemain dari Perancis itu menerjah penjuru bawah gawang.
7 – Man Utd are the first team to beat an opponent on every day of the week in the Premier League, with their match against Aston Villa the sixth fixture to be played on all seven days of the week in the competition. Set. pic.twitter.com/DKcL8kglfX
— OptaJoe (@OptaJoe) July 9, 2020
United kini sudah tidak tewas dalam 16 perlawanan berturut-turut dalam misi mereka memburu slot ke Champions League pada musim depan.
Kemenangan ini tidak mengubah kedudukan United di tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris. Namun ia hanya mendekatkan mereka dengan Leicester City di kedudukan ke-4 yang memiliki kelebihan satu mata.
Chelsea yang turut merekodkan kemenangan sebelum ini menduduki tangga ke-3 dengan 60 mata, hanya dua mata di atas United.