Manchester United Benarkan Jesse Lingard Untuk Meninggalkan Kelab

Penyerang England yang berusia 28 tahun itu , kemungkinan akan dibenarkan oleh pengurusan untuk meninggalkan bekas juara Liga Inggeris 20 kali pada hujung musim ini selepas beliau tidak lagi berada dalam perancangan skuad Ole Gunnar Solksjaer pada musim 2021/2022.

Bagaimanapun kelab yang meminjam pemain ini tidak begitu pasti apakah Lingard mahu terus kekal bersama dengan West Ham United atau pergi ke kelab lain terutama yang membolehkannya untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah atau di Liga Europa sahaja.

Jesse Lingard yang dipinjamkan kepada West Ham pada jendela perpindahan pemain Januari lalu tidak lama untuk mempamerkan prestasi terbaiknya apabila berjaya membawa skuad Moyes mencabar kedudukan lima pasukan teratas dalam liga Inggeris tidak lama dahulu.

Penyerang tinggi lampai itu telah menjaringkan sembilan gol daripada 10 penampilannya bersama kelab utara England itu dan ini jelas beliau selesa dan yakin di bawah pengurusan David Moyes. Pada April yang lalu Lingard telah diangkat sebagai pemain terbaik bagi bulan tersebut.

Menurut laporan The Athletic tanpa pertandingan Liga Juara-Juara pengurusan West Ham tidak lagi merasakan Lingard terus kekal bersama mereka melainkan jika United memutuskan untuk menggunakannya dalam perjanjian pertukaran pemain seperti Declan Rice yang telah lama diperhatikan.

Lingard dipercayai sangat gembira di Stadium London , namun terdapat kelab lain akan mencuba untuk mendapatkan beliau. Tottenham adalah salah satu kelab yang mungkin mendapatkan khidmatnya sekiranya ayam tambatan Harry Kane mengambil keputusan meninggalkan Spurs pada musim ini.

Β 

Manchester juga dikhabarkan ingin menjual Lingard bagi menampung kewangan pembelian Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dan pilihan juga untuk kelab German itu menerima Lingard sebagai pelan dari pertukaran pemain.

Pengurus West Ham United , David Moyes berkata , β€œSaya sebenarnya tidak pasti betapa realistiknya (Lingard kekal di sini) tapi jelas sekali dia telah menikmati prestasi terbaiknya sendiri.

Dia masih pemain Manchester United sehinggalah mereka memutuskan apa yang harus dilakukan dengannya dan jika mereka ingin melepaskannya maka mari berharap dia akan mempertimbangkannya kami sebagai salah satu pilihannya. ”

Β 

Kongsi artikel ini