Manchester United dikatakan bersetuju untuk merendahkan harga perpindahan Chris Smalling kepada €18 juta minimum – menurut laporan dari Itali.
Smalling kembali menyerlah sejak menyertai Roma secara pinjaman pada musim ini, dan pemain itu dilaporkan mahu perpindahan itu dilakukan secara tetap.
United sebelum ini dilaporkan hanya melepaskan pemain tersebut pada harga €25 juta untuk pemain pertahanan England itu – nilai yang berada di luar jangkauan Roma, namun menarik minat dari Arsenal.
📰 Roma want to sign Chris Smalling on a permanent basis this summer.
(via MEN) pic.twitter.com/PWmt9gzL1A
— United News Hub (@UnitedNewsHub) May 22, 2020
Namun sebuah akhbar terkemuka di Rom, Il Tempo berkata United kini menerima kenyatan Smalling mahu kekal di Itali selepas tempoh pinjaman beliau tamat, dan sanggup menurunkan harga untuk pemain tersebut untuk menjadikan impian pemain itu kekal bersama Roma menjadi realiti.
Nilai terbaru pada kadar €18 sehingga €20 akan memberikan keyakinan kepada Roma untuk mengekalkan pemain pertahanan itu.
Smalling sebelum ini pernah menyatakan rasa ‘bangga’ beliau untuk beraksi bersama kelab Serie A itu, dan berkata perkara di luar padang merupakan aspek utama beliau gembira dengan kelab tersebut.
Chris Smalling: “Some English players have gone abroad but not many. It was a challenge that I wanted to take. I’m someone who definitely lives by not having any regrets.” [times] #mufc #RS pic.twitter.com/QrRjP28VPt
— Manchester United Updates (@mnuupdates) May 23, 2020
Pengurus pasukan Paulo Fonseca juga kerap kali telah berkata akan melakukan apa sahaja yang beliau mampu lakukan untuk mengekalkan Smalling, dan perkembangan terbaru ini pasi melegakan pengurus tersebut.
Selain Smalling, seorang lagi pemain pertahanan iaitu Marco Rojo turut dijangka akan meninggalkan Old Trafoord untuk kembali beraksi di Argentina dengan nialai perpindahan £12 juta.
Sekurang-kurangnya dua kelab kini sedang cuba meyakinkan Rojo, yang tampil dengan kontroversi menghisap rokok dan melanggar perintah berkurung di Argentina abru-baru ini.