Manchester United telah menfailkan saman terhadap pencipta permainan simulasi video popular, Football Manager kerana menggunakan nama kelab tersebut tanpa kebenaran.
Sega Publishing dan Sports Interactive (SI) menggunakan nama rasmi setiap kelab di Premier League, tetapi bukan logo rasmi kelab.
Menggantikan logo sebenar, SI meletakkan warna asas merah dan putih untuk mewakili kelab yang berpengkalan di Old Trafford itu.
Kini Red Devils telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang, dan mendakwa tanda dagang (trademark) mereka telah dicemari kerana logo tidak rasmi itu.
Manchester United are suing Football Manager for allegedly infringing its trademark by using the club’s name in the game pic.twitter.com/BJWpHeJDgf
— B/R Football (@brfootball) May 22, 2020
Ketika sebutan kes pada Jumaat lalu, peguam United Simon Malynicz berkata ‘nama Manchester United ‘ itu sendiri adalah antara nama paling bernilai dan jenama paling dikenali di dunia.
Malynicz berkata pendapatan kelab yang datang dari pelesenan atas nama dan logo, dianggap sebagai ‘sangat penting’ dan setiap ‘produk yang dilesenkan akan mendapat keuntungan secara langsung dari kelab yang mementingkan budaya kemenangan dan nilai jenama itu sendiri.”
Dalah hujahnya Malynicz berkata memaparkan logo yang tidak betul sudah merupakan satu kesalahan kerana “pengguna sudah pastinya menjangkakan logo rasmi kelab bersebelahan dengan nama Manchester United.”
Sega dan SI pula krtika mempertahankan dakwaan berkata nama kelab itu merujuk secara sah kepada kelab Manchester United di dalam konteks bola sepak, dan telah menggunakan kaedah yang sama di Football Manager dan Championship Manager tanpa sebarang aduan sebelum ini.
Atas sebab tindakan perundangan, penyokokong bola sepak juga sudah mengetahui secara jelas dan berfakta bahawa Manchester United turut berkemungkinan dikenali sebagai ‘Man Red’ atau nama lain yang mempunyai persamaan di FM21 nanti.
Juventu pada masa ini dikenali dengan nama Zebre disebabkan Pro Evolution Soccer yang memiliki hak menggunakan nama rasmi Juventus.