Bekas pengurus Sporting Lisbon, Carlos Carvalhal berkata Bruno Fernandes bukanlah pemain No.10 dan pemain itu sepatutnya digunakan sebagai pemain tengah kotak-ke-kotak oleh Manchester United.
Fernandes tiba dari Lisbon pada Januari lalu untuk memperkasakan kreativiti pasukan, tatkala United beraksi tanpa Paul Pogba.
Sebelum Fernandes, posisi yang ditinggalkan Pogba turut diisi oleh Jesse Lingard. Beraksi di hadapan dua lagi pemain tengah, posisi tersebut adalah posisi No.10.
Fernandes menyerlah ketika beraksi untuk Uniyed dalam debut menentang Wolves – walaupun tidak menjaring atau menghasilkan bantuan gol dalam perlawanan tersebut.
Kehadiran Fernandes dilihat memberi nafas baharu yang amat diperlukan United pada musim ini.
Tatkala prestasi Lingard semakin mendapat kritikan, dan Pogba belum jelas bila akan kembali beraksi – atau meninggalkan United – ada yang melihat United tidak akan mempunyai masalah kerana memiliki Fernandes.
🗣 Former Sporting boss Carlos Carvalhal: "Bruno Fernandes is not a number 10. He is a midfielder but he has developed that ability to break the line of the defence to score goals.
“He shoots, he assists, the passes and the free-kicks. But he is not a 10, he is an 8." pic.twitter.com/NabqO9couV
— Goal (@goal) February 12, 2020
Ini kerana ramai yang berpendapat Fernandes adalah pemain No.10, tetapi bekas pengendali Sporting dan Swansea City berkata ianya lebih baik Fernandes beraksi sedikit ke bawah di bahagian tengah.
Carvahal kini adalah pengendali Rio Ave di Portugal. Bercakap kepada Sky Sports, beliau dipetik sebagai berkata:
“Fernandes bukan No.10. Beliau adalah pemain tengah, tetapi telah membangunkan kebolehan dirinya untuk memecah garisan pertahanan lawan dan menjaringkan gol.
“Beliau boleh melakukan percubaan, melakukan hantaran, dan juga sepakan percuma.
COMPARED: Bruno Fernandes vs. Paul Pogba in the league since 2017/18.
18 stats compared, per 90 wins. 😉pic.twitter.com/acqXeATjst
— Squawka Football (@Squawka) January 15, 2020
“Tetapi beliau bukan No.10. Beliau adalah No.8. Beliau adalah pemain kotak-ke kotak yang sangat memahami permainan.
“Beliau bikan sekadar bermain bola. Beliau bijak menilai apa yang berlaku di sekitar dirinya.
“Ini memberikan kelebihan kepada beliau untuk melakukan organisasi. Beliau boleh memberikan arahan, dan boleh memberikan jurulatih maklum balas.
“Beliau seakan-akan seorang pengurus yang berada di atas padang. Beliau berkemampuan menyusun atur rakannya yang lain ketika beraksi. Fernandes memang pemain yang amat menarik.”
Our Portuguese playmaker 🇵🇹 @B_Fernandes8 👊 #MUFC pic.twitter.com/fGBEmYyPlG
— Manchester United (@ManUtd) February 9, 2020
Kisah Fernandes ke Manchester United agak rumit dan hampir terkubur.
Sebelum ini perbincangan di antara Manchester United dengan Sporting Lisbon agak bermasalah kerana tawaran harga tidak memuaskan hati.
Manchester United kemudian menawarkan pakej jauh daripada tanda harga yang diletakkan oleh Sporting Lisbon terutama sekali klausa yang dianggap tidak realistik.
Manchester United menawarkan hanya £34 juta dengan bonus tambahan yang mencecah £25 juta yang hanya akan dibayar jika Bruno Fernandes memenangi Ballon d’Or dan membantu Man United menjuarai Liga Juara Juara Eropah.
COMPARED: Bruno Fernandes 2019/20 league stats vs. Man Utd's 2019/20 Premier League stat leader in each metric.
Look at who he's up against for final ⅓ entries. 🧐 pic.twitter.com/UiNx6UQRSc
— Squawka Football (@Squawka) January 30, 2020
Sporting pula mahukan sekurang kurangnya £55 juta bayaran pertama dan bonus sekitar £15 juta selepas itu.
Manchester United kemudian mengancam untuk tidak meneruskan rundingan kerana merasakan Sporting meletakan harga terlalu tinggi.
Ejen kepada Bruno Fernandes, kemudian tampil memperbaiki keadaan. Akhirnya beliau berjaya meyakinkan bahawa Sporting Lisbon sebenarnya sudah meletakkan harga yang terbaik untuk pemain itu.