Man Utd & Chelsea Antara Kelab Mahu Dapatkan Bekas ‘Transfer Guru’ Liverpool

Manchester United dan Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas ‘transfer guru’ Liverpool, Michael Edwards.

Man Utd kini sedang merombak bahagian pengambilan pemain yang diketuai oleh Pengarah Bola Sepak, John Murtough.

Dan menurut Daily Mail, Edwards dilaporkan tertarik dengan perubahan rejim di Old Trafford yang secara berterusan merombak struktur dalaman kelab itu.

Sama ada Edwards berminat untuk menyertai Manchester United bagaimana pun adalah perkara lain.

Wartawan bola sepak, Fabrizio Romano turut mengesahkan Manchester United sedang menunggu Edwards untuk membuat keputusan mengenai masa depannya.

Pakar perpindahan Brentford, Lee Dykes turut berada di bawah pemerhatian rejim di Old Trafford.

Tidak sukar untuk memahami mengama Man Utd berminat untuk mendapatkan khidmat Edwards mengambil kira kejayaan beliau bersama Liverpool sebelum ini.

Edwards menyertai Liverpool pada 2011 sebagai Ketua Bahagian Analituk sebelum beberapa kenaikkan pangkat akhirnya menjadikan beliau sebagai Pengarah Sukan kelab Merseyside itu.

Antara pemain penting yang dibawa oleh Edwards sehingga berjaya membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris dan juara Eropah adalah seperti Alisson, Virgil Van Dijk, Mohamed Salah, Sadio Mane, Andy Robertson, Thiago dan Fabinho – semuanya menjadi tunjang skuad Jurgen Klopp pada hari ini.

United setakat ini telah melakukan beberapa rombakan utama untuk operasi luar padang, terutama pelantikan Richard Arnold sebagai CEO menggantikan Ed Woodward.

Edwards pula mungkin enggan tergesa-gesa kembali selepas meninggalkan Liverpool pada musim panas lalu dan pernah menyatakan niatnya mahu berehat daripada bola sepak.

Selain Man Utd, Chelsea laporan sama dilaporkan turut tertarik untuk mendapatkan khidmat Edwards.

Kelab London itu bagaimana pun memiliki calon lain seperti Pengarah Sukan Atletico Madrid, Andrea Berta, dan bekas setiausaha teknikal Barcelona, Ramon Planes.

Pakar perpindahan Monaco, Paul Mitchell dan bekas Pengarah Prestasi Tottenham, Steve Hitchen turut dicanang sebagai pengganti Marina Granovskaia yang sah akan meninggalkan Stamford Bridge dalam masa terdekat.

Buat masa ini segala hal berkaitan pengambilan pemain baharu diuruskan oleh pemilik kelab, Todd Boehly yang akan menjadi Pengarah Sukan secara interim The Blues.

Kongsi artikel ini