Penyerang antarabangsa Nigeria, Odion Ighalo telah melanjutkan tempoh pinjaman beliau bersama Manchester United yang membenarkan beliau terus kekal di Old Trafford sehigga Januari 2021.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai United dari kelab Liga Super China (CSL), Shanghai Shenhua pada Januari lalu. Kontrak asal Ighalo bersama United sepatutnya tamat pada 31 Mei.
Tiada pilihan untuk Man United mengekalkan Ighalo secara pembelian tetap dalam rundingan kedua-dua pihak sebelum ini.
Official announcement on @IghaloJude đź”´#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) June 1, 2020
“Ia adalah satu impian untuk beliau [Ighalo] dan semestinya kita berharap beliau boleh menamatkan apa yang beliau mulakan dan memenangi trofi bersama kami,” ujar Ole Gunnar Solksjaer.
“Shanghai Shenhua juga memberikan kerjasama yang baik, membenarkan beliau beraksi bersama kelab yang beliau impikan.”
Setakat ini Ighalo telah menjaringkan empat gol dari lapan penampilan untuk United, termasuk satu gol ketika membantu kelab tersebut membelasah LASK 5-0 di pertandingan Liga Europa.
People laughed when Manchester United signed Odion Ighalo in January…
He silenced the haters 🤫 pic.twitter.com/97i782m10F
— Goal (@goal) June 1, 2020
Ia adalah perlawanan terakhir United sebelum semua perlawanan ditangguhkan akibat penularan wabak global.
Kini Premier League telah dijadualkan akan disambung semula pada 17 Jun.
United berada di kedudukan ke-5, tiga mata di belakang Chelsea, dan memiliki baki sembilan perlawanan untuk memburu slot terakhir ke pertandingan Champions League pada musim hadapan.
Skuad kendalian Solskjaer juga masih bersaing di suku akhir Piala FA dan mempunyai kelebihan lima gol untuk melangkah ke suku akhir Liga Europa ke ayas LASK.
Â