Man City Sahkan Liverpool Akan Perolehi ‘Guard Of Honor’ Di Etihad

Letakkan perseteruan di luar padang buat seketika.

Manchester City mengesahkan pasukan itu akan memberi ‘Guard of Honor’ buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun untuk Liverpool setelah kelanb Merseyside itu menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris pada Khamis lalu.

Liverpool menjadi juara Liga Perdana Inggeris selepas Man City tewas 2-1 kepada Chelsea.

Kali terakhir Liverpool bergelar juara Liga Inggeris ialah pada 1990.

Kejuaraan pada musim ini adalah yang ke-19 dalam sejarah kelab Merseyside itu, dan yang pertama di era Premier League.

“Sudah tentu kami akan berikan mereka ‘Guard of Honor,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Kita akan menyambut Liverpool apabila mereka berkunjung ke rumah mereka dengan penuh gaya.

“Kami akan melakukannya kerana mereka selayaknya menerima penghormatan sebegitu.”

Liverpool akan berkunjung ke Etihad pada awal pagi Sabtu hadapan untuk berhadapan dengan Manchester City yang juga merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

Dalam perkembangan lain Guardiola enggan mengesahkan sama ada beliau akan menyambung kontrak bersama City yang akan tamat pada 2021.

Pada ketika itu, Guardiola sudah genap lima musim di Manchester – tempoh yang lebih lama dari beliau mengendalikan Barcelona.

“Saya gembira berada di kelab ini. Saya tidak mahu berfikir banyak untuk perkara yang masih lambat lagi,” ujar beliau.

 

Kongsi artikel ini