Manchester City Heret UEFA Ke CAS

Manchester City telah dilarang dari menyertai mana-mana pertandingan Eropah selama dua musim bermula musim 2020/21.

Hukuman gantung oleh UEFA itu tiba selepas badan induk bola sepak eropah itu mendapati kelab tersebut melanggar ‘secara serius’ peraturan pelesenan kelab berkaitan salah laku kewangan FFP (Financial Fair Play).

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu turut didenda sebannyak £25 juta.

Keputusan oleh UEFA itu bagaimanapun akan ditangguhkan sehingga proses rayuan dilakukan di Mahkamah Timbang Tara (CAS).

Dalam satu kenyataan, Manchester City berkara mereka kecewa, tetapi tidak terkejut dengan keputusan yang dianggap sebagai prejudis, dan akan menampilkan rayuan.

Badan bebas , Adjudicatory Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB) berkata City melanggar peraturan melalui laporan kewangan berkaitan tajaan pada 2012 dan 2016.

CFCB turut berkata City gagal memberikan kerjasama yang diperlukan sepanjang siasatan dijalankan.

Manchester City melalui satu kenyataan pula berkata:

“Kelab ini sentiasa terlibat untuk menyerahkan segala keperluan badan bebas tersebut sepanjang proses siasatan dijalankan untuk mencari bukti yang diperlukan.

“Pada Disember 2018, ketua pegawai penyiasat dari UEFA secara terbuka kepada umum telah mendedahkan keputusan dan hukuman yang beliau mahu jatuhkan kepada Mancehster City walaupun siasatan belum bermula.

“Kecenderungan beliau mendahului proses yang sepatutnya oleh UEFA sudah menjelaskan keputusan yang akan disampaikan.

“Pihak kelab telah membuat aduan rasmu kepada badan disiplin UEFA, dan aduan sama turut dipanjangkan kepada CAS.

“Ringkasnya, kes ini diadakan oleh Uefa, dihukum dan diadili sendiri oleh uefa. Setelah proses penuh prejudis ini akhirnya tamat, pihak kelab akan menuntut keadilan sewajarnya.

“Untuk langkah segera, pihak kelab aka membawa kes ini kepada CAS pada kesempatan seawal mungkin.”

City diundi untuk menentang Real Madrid di pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik Champions League. Perlawanan pertama akan diadakan di Santiago Bernabeu pada 26 Februari hadapan.

 

Kongsi artikel ini