Mampukah Tiga Pengurus Muda Ini Membawa Skuad Mereka Tiga Tempat Teratas

Dua minggu ini menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) berehat untuk memberikan laluan kepada pemain-pemain dalam kelab mewakili negara bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Ini membolehkan pengurus kelab membuat ‘post mortem’ selepas melalui lapan perlawanan sebelum ini untuk mengkaji kelemahan dan memperkuatkan pasukan kerana EPL akan bermula saingannya pada 21 November 2020.

Leicester City unggul berada di tangga pertama. Di ikuti Tottenham Hotspur serta Liverpool berada di tempat kedua dan ketiga. Chelsea berada di tempat kelima , Arsenal di tempat ke 11 dan Manchester United jauh berada di tangga ke 15.

Ketiga-tiga kelab ini menjadi tumpuan peminat bolasepak terutama dari penyokong mereka sendiri bagi melihat kelab itu mampukah menewaskan pencabar utama seperti Liverpool dan Manchester City demi sebuah Trofi Liga yang masyhur.

Ole Gunnar Solksjaer , Mikel Arteta dan Frank Lampard merupakan pengurus muda yang sedang menghadapi cabaran daripada pengurusan kelab , prestasi yo-yo para pemain dan kritikan daripada kalangan penyokong kelab itu sendiri.

Namun apakah tiga pengurus ini mampu meletakkan pasukan mereka di top 3 Premier League menewaskan juara dan bekas penyandang juara Liverpool dan Manchester City pada musim ini.

Frank Lampard 42 tahun

Musim pertama Lampard berjaya membawa Chelsea di kedudukan ke empat selepas di pintas saat akhir oleh Manchester United  pada EPL 2019/2020 selepas liga bersambung semula awal Jun setelah dihentikan pada Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

The Blues berbelanja besar dalam pasaran perpindahan untuk musim 2020/21 dengan membawa masuk pemain berkualiti tinggi seperti Timo Werner , Kai Havertz , Ben Chilwell , Hakim Ziyech , Thiago Silva , Malang Sarr (percuma) dan Edouard Mendy bagi memperkuatkan pasukan.

Statistik Chelsea  selepas lapan perlawanan EPL hanya tewas sekali ketika bertemu dengan Liverpool , seri tiga kali dan menang empat kali dan menduduki liga tangga kelima. Empat perlawanan berturut menyaksikan Chelsea menang kesemuanya termasuklah di Liga Juara Juara Eropah peringkat kumpulan.

 Mikel Arteta 38 tahun

Musim pertama Arteta di Arsenal hanya menduduki tempat ke lapan di EPL. Walau bagaimanapun Arsenal berjaya menjulang Piala FA yang ke 14 setelah menewaskan The Blues dalam perlawanan akhir .

The Gunners tidak menyediakan dana yang besar untuk Arteta membeli pemain yang baru namun berjaya mendapatkan pemain yang menjadi sasarannya Willian dari Chelsea secara percuma dan Thomas Partey pemain tengah bertahan Atletico Madrid dengan kos 50 juta euro pada musim baru ini.

Skuad Arteta memulakan kempen 2020/21 dengan langkah kanan apabila menjulang Perisai Komuniti menewaskan juara  EPL 2019/20 , Liverpool. Prestasi Arsenal masih boleh dikatakan seimbang dengan empat kemenangan dan empat kekalahan dalam EPL selain meneruskan saingan dalam Liga Europa dan Piala EFL.

Kontroversi yang melanda Arteta apabila beliau menggugurkan nama Mezut Ozil dari senarai pendaftaran 25 pemain untuk EPL dan Liga Europa sehingga menjadi sasaran penyokongnya yang mengkritik cara beliau menguruskan isu Mezut Ozil mengakibatkan pemain kebangsaan Jerman itu tidak mempunyai harapan langsung beraksi dengan Arsenal musim ini.

Ole Gunnar Solksjaer 47 tahun

Manchester United tampil dengan persembahan yang kurang meyakinkan di awal musim 2019/20 tetapi graf prestasi skuad itu mula menaik apabila pemain baru yang dibeli dari Porto Januari lalu Bruno Fernandes mula menunjukkan kewibawaan dan karismanya dalam skuad Ole Solkjaer itu. Satu pembelian yang ternyata berbaloi dalam skuad itu.

Konsistensi mereka berjaya apabila mampu memintas Chelsea di tangga ke empat dan berjaya mendapat slot automatik ke Juara Liga – Liga Eropah (UCL) . Bagi musim 20/21 , penyokong mula mengkritik Ole kerana kekalahan memalukan dengan Spurs. Peminat mula mencanangkan nama Mauricio Pochenttino sebagai pengganti Ole di Old Trafford.

Walaupun kelab membawa masuk Edison Cavani , Donny van de Beek , Alex Talles , dan dua pemain remaja Amad Diallo dan Facundo Pellistri , ia masih belum mampu lagi mengubat kelukaan jiwa peminat Red Devils yang berada di tangga ke 15. Tetapi skuad Ole telah mendapat keputusan positif selepas kemenangan ke atas skuad Carlo Ancelotti sebelum liga diberhentikan seketika.

Rumusan

Ketiga-tiga pengurus muda ini masih mempunyai keazaman tinggi untuk membawa skuad yang diuruskan ke tahap yang lebih gemilang. Berikan sedikit masa kepada mereka untuk memberikan kejuaraan kepada kelab masing-masing.

Mereka sedang membina pasukan yang dimahukan berasaskan kepada formasi dan barisan pemain yang sedia ada. Membimbing pasukan elit yang pernah menjadikan mereka seorang pemain yang berjaya sebelum ini telah memberikan mereka kelebihan untuk merancang ke peringkat yang seterusnya.

Tetapi terlebih dahulu , mereka mesti menentang pasukan yang mempunyai jurulatih yang ternama seperti Mourinho , Guardiola , Klopp dan Ancelotti dalam menggapai trofi EPL yang berprestij itu.

 

Kongsi artikel ini