Mampukah N.Thanabalan Baka Poacher Klasik Memikat Mata Kim Pan-gon

Selepas era Safiee Sali , Norshahrul Idlan Talha dan Mohd Zakuan Adha , sukar untuk melihat penyerang berbakat tempatan yang mampu menggalas tugas sebagai mesin gol dalam skuad kebangsaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Meskipun masih ada pemain diposisi itu bermain dalam kelab Liga Malaysia , penampilan mereka tidak konsisten untuk mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa yang dipertandingkan.

Ketandusan penyerang berbisa menyebabkan kita terpaksa mengharapkan pemain posisi lain seperti bahagian sayap dan tengah untuk menjaringkan gol. Antaranya Safawi Rasid , Sumareh (naturalisasi) , Brendan Gan dan Akhyar Rasid. kita Menaturalisasikan penyerang daripada negara Brazil Guilherme de Paula juga gagal menunjukkan impak yang berkesan kepada Harimau Malaya.

Harimau Malaya memerlukan sekurang-kurangnya dua penyerang yang boleh diharapkan selain daripada Syafiq Ahmad. Nama seperti Sharell Fikri (Selangor) dan Hazwan Bakiri (JDT) boleh dicadangkan untuk diserapkan semula dalam skuad kebangsaan namun prestasi dan minit permainan terkini mereka menjadi jurang perbezaan.

Selain daripada dua nama di atas , N.Thanabalan nama penyerang ini yang pernah meletup semasa persembahan yang memukau di kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Dalam pertemuan Malaysia dan musuh ketat , Indonesia diperingkat separuh akhir , gol tunggal darinya memastikan Malaysia bertemu Thailand di perlawanan akhir Sukan Sea 2017 untuk penentuan pingat Emas.

Dianggap baka poacher klasik di mata jurulatih Malaysia U23 , Datuk Ong Kim Swee , N.Thanabalan mengumpulkan jaringan empat gol dalam Sukan Sea berkenaan dan salah satu aksi terbaiknya ialah ‘flying header’ ketika menewaskan Myanmar 3-1.

Bekas pemain Negeri Sembilan , Felcra FC ,Kedah dan Perak II ini turut beraksi dengan cemerlang di kelayakan Kejohanan B-23 AFC 2018 bersama Safawi Rasid dan dapat menjaringkan gol dengan trademarknya menerusi  flying header ketika menentang Korea Selatan di suku akhir Piala Asia B-23 2018.

Bagaimanapun entah mengapa dia tidak pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan samaada di bawah pengendalian jurulatih import Nelo Vingada dan Tan Cheng Hoe. Kariernya juga seakan-akan merundum apabila kurang menjadi dalam kebanyakan pasukan yang disertai sebelum ini kerana kesukaran mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Kini ,  N.Thanabalan yang berusia 27 tahun mahu bangkit semula selepas dapat bergabung semula dengan Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih tugas jurulatih , Kurniawan Dwi Yulianto untuk melatih Sabah FC pada pertengahan musim lalu.

Pemain yang berasal daripada Rantau , Negeri Sembilan ini mengalami musim yang suram disebabkan kecederaan lutut kanannya. Di bawah pengendalian Ong Kim Swee , dia telah diturunkan sebanyak tujuh kali dalam kesebelasan utama selain tiga kali selaku pemain gantian dengan 10 penampilan secara keseluruhan bersama Sabah setakat ini.

Mungkinkah Datuk Ong Kim Swee boleh menggilap semula bakat dan meningkatkan prestasi agar peluang N.Thanabalan berada dalam skuad kebangsaan Kim Pan-gon supaya boleh direalisasikan dalam tempoh dua bulan sebelum Harimau Malaya bermain dalam kelayakan pusingan ketiga Piala Asia China 2023.

Tidak mustahil jurulatih skuad kebangsaan baharu Kim Pan-gon boleh memanggilnya untuk menyertai skuad kebangsaan sebagai salah satu penyerang pilihan dan boleh berganding dengan Syafiq Ahmad yang bermain di posisi  penyerang palsu (False 9) di bahagian depan sekiranya prestasi beliau seperti yang dipamerkan seperti tahun 2017 – 2018 sebelum ini.

 

Kongsi artikel ini