Liga Premier Inggeris 2020/2021 akan menuju ke garisan penamat dalam tempoh dua minggu ini dengan Manchester City telah dimahkotakan sebagai Juara Liga Premier yang baharu pada musim ini.
Skuad Ole Gunnar Solksjaer yang berada di tangga kedua masih boleh menjadi naib juara Liga Inggeris di belakang pasukan Pep Guardiola sekiranya mereka tidak tewas baki dua perlawanan menentang Fulham dan Wolves.
Tetapi yang sedang menjadi bualan hangat oleh peminat Red Devils ialah mengenai pemain midfield Paul Pogba yang sedang dipancing oleh pengurusan kelab Manchester United untuk menandatangani kontrak baru.
Bagaimanapun menurut super ejen Mino Raiola , kelab milik keluarga Glazers ini mestilah sanggup mengeluarkan peruntukan untuk gaji pemain yang berusia 28 tahun sebanyak £400 ribu seminggu sekiranya mahukan pemain itu terus berada di Old Trafford pada musim depan.
Rancangan untuk mengekalkan Paul Pogba ialah semenjak beliau kembali ke dalam kesebelasan utama dan mempamerkan prestasi terbaiknya untuk mencabar Manchester City sehingga ke hujung musim ini.
📝 | #MUFC want France midfielder Paul Pogba, to sign a new contract but are wary of the wages his agent, Mino Raiola, is trying to get for his client [Mirror]
— UtdXclusive 🔰 (@UtdXclusive) May 16, 2021
Menurut akhbar Mirror , permintaan yang sangat tinggi oleh Raiola itu membuatkan ahli lembaga Manchester United terpaksa tunggu dan lihat perkembangan situasi terkini dan seterusnya mungkin mengadakan perbicangan selanjutnya selepas tamatnya musim ini bersama Pogba.
Paul Pogba contract situation leaves Ole Gunnar Solskjaer and Man Utd board divided | @sbates_people https://t.co/4RHHdpNUH7
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 15, 2021
Pemain kebangsaan Perancis ini kini berada dalam tahun akhir kontraknya yang akan tamat pada Jun 2022 , tetapi sekiranya tiada perkembangan positif mengenai masa depannya dengan kelab itu , maka beliau boleh mengangkat kaki ke kelab yang lebih memerlukan khidmatnya.
Pengurus kelab , Solksjaer menuntut kepada lembaga pengarah United yang mahukan pemain itu berada dalam senarai pemainnya pada musim depan tetapi dengan permintaan gaji yang tinggi itu membuatkan ia sukar direalisasikan apatah lagi impak wabak Covid19 in menyaksikan kantung kewangan kelab-kelab bola sepak tidaklah semewah seperti tahun-tahun yang lalu.
United juga mempunyai hubungan yang tidak baik dengan agen Raiola itu yang sentiasa mengganggu-gugat hubungan Pogba dengan pengurusan kelab bermula daripada dua tahun yang lalu dan ia menjadi semakin panas apabila ejen pemain ternama itu mengeluarkan kenyataan bahawa Paul Pogba tidak ada hati lagi untuk bermain dengan kelab yang memenangi 20 kejuaraan Liga Perdana Inggeris itu.
Nilai pasaran Pogba diletakkan sekitar £55 juta pada ketika ini tetapi ia boleh menurun sehingga nilai £34 juta setelah United menandatangani pemain berusia 28 tahun itu dengan pembelian £89 juta dari Juventus pada tahun 2016.
Solksjaer juga berjaya memujuk Edinson Cavani untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi atas sumbangan sebagai seorang pemain senior dan penyerang berstatus profilik dan menjadi pembimbing kepada pemain-pemain muda.
Breaking news: Edinson Cavani has signed a new Manchester United contract until 2022 and an official announcement will be made shortly [Fabrizio Romano]
Cavani is staying! #mufc pic.twitter.com/kcCY1Z4Qhp
— Man Utd Fans (@United4fans) May 10, 2021
Jurulatih itu juga sedang merancang untuk membawa masuk beberapa pemain seperti di posisi pertahanan tengah , pemain tengah bertahan dan penyerang sayap bagi menguatkan skuadnya bagi musim 2021/2022.
The perfect transfer window for Manchester United? ✍🏻
– Declan Rice 🏴
– Raphael Varane 🇫🇷
– Jadon Sancho 🏴 pic.twitter.com/d8TjsxgMoy— SPORTbible (@sportbible) May 14, 2021
Mampukah hajat Solksjaer tercapai untuk terus mengekalkan Pogba? Ini semua bergantung kepada kebijaksanaan , ketelitian dan jawapan yang tepat kepada Raiola oleh Pengarah Bola Sepak , John Murtough dan Darren Fletcher sebagai Pengarah Teknikal dalam urusan pertimbangan kontrak baru Paul Pogba nanti.