Mampukah Liverpool Tamatkan Kekalahan Mereka Di Power King Stadium

Skuad Jurgen Klopp turun menentang Leicester City di Power King stadium malam ini. Pertemuan di antara dua kelab di tempat ketiga dan keempat dengan misi penting untuk memastikan mereka kekal berada empat tempat teratas dalam liga.

Buat pertama kalinya , pemain pinjaman dari kelab Schalke German ini akan membuat debut pertamanya di pertahanan tengah bergandingan Jordan Henderson selepas Fabinho tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Ini salah satu pertukaran dari dua pertukaran kesebelasan utama oleh pengendali berbangsa German ini. Pemain berpengalaman James Milner berada di midfield menggantikan Thiago Alcantara yang diletakkan di bangku simpanan.

Gini Wijnaldum dan Curtis Jones akan menggerakkan bahagian tengah bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane yang membuat penampilan ke 200 untuk The Reds.

Manakala Roberto Firmino terus diberikan kepercayaan oleh Jurgen Klopp untuk mencari gol bagi mencapai misi kemenangan selepas melalui minggu yang sukar kerana ditewaskan oleh Manchester City.

Penyerang dari Belgium , Divock Origi tidak disenaraikan dalam perlawanan ini akibat masih lagi dibelenggu kecederaan hamstring. Ini memberikan peluang keemasan kepada Leighton Clarkson untuk mendapatkan penampilan keduanya dalam liga premier.

Bagaimana Liverpool mengatasi tekanan untuk memang ke atas pasukan Brendan Rodgers , semuanya akan ditentukan dalam masa 90 minit perlawanan.

 

Kongsi artikel ini