Malaysia Open: Lihat Regu Wanita China Smash Kepala Rakan Sendiri Sehingga Rosakkan Raket

Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia (Malaysia Open) 2022 akan berlangsung pada hari ini.

Namun ada kejadian yang dianggap unik telah berlaku semalam ketika kejohanan memasuki pusingan separuh akhir sehingga menarik perhatian netizen.

Insiden separuh akhir

Kejadian yang dimaksudkan melibatkan regu wanita China, Zhang Shu Xian yang memukul rakan regunya, Zheng Yu sehingga raketnya patah.

Insiden tersebut berlaku ketika pasangan Zhang Shu Xian/Zheng Yu berhadapan lawan dari Jepun, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara di separuh akhir semalam.

Set pertama perlawanan dikuasai oleh regu wanita Jepun dengan sangat baik. Mayu/Wakana berjaya menewaskan lawan mereka dari China dengan kutipan mata 21-11.

Di set kedua, Zhang Shu Xian/Zheng Yu tidak mempunyai pilihan selain untuk menentang habis-habisan memenanginya, sebelum membuat perhitungan di set penentuan (rubber set).

Perlawanan berlangsung dengan sengit dan pada ketika kutipan mata terikat 17-17 di antara kedua-dua regu, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku di Axiata Arena yang meriah dengan sorakan penonton.

Begitu semangat melakukan smash, Zheng Shu Xian nyata tidak menyedari raketnya mengarah ke kepala pasangannya, Zheng Yu.

Zheng Yu jelas kesakitan dan memegang bahagian kepalanya yang terkena pukul oleh raket rakannya itu, sehingga terpaksa menerima rawatan seketika.

Pemain itu mengakui rasa kesakitan tetap dirasai walaupun selepas perlawanan separuh akhir itu selesai.

Zhang Shu Xian/Zheng Yu ke final

Walaupun terpalit dengan insiden yang agak mengerikan itu, pasangan Zhang Shu Xian/Zheng Yu tetap berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan lawan, Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara.

Dengan demikian, Zhang Shu Xian/Zheng Yu beranjak ke final ganda putri Malaysia Open 2022.

Pasangan China itu mara selepas menewaskan gandingan dari Jepun dengan kiraan 11-21, 21-19, 21-17.

Hari ini kedua-duanya akan berjumpa regu utama Indonesia, Apriyani Rahayu/Siti Fadia Silva di perlawanan akhir.

Zhang Shu Xian sempat berkongsi gambar raketnya yang patah dan tidak mempunyai bentuk lagi selepas memukul kepadala Zheng Yu di set kedua.

Kongsi artikel ini