Malam Gemilang Buat Corbin-Ong Peminat Teruja Dengan Aksinya Yang Memukau

Menjadi ‘Man of the Match’ kepada penyokong Harimau Malaya , pemain pertahanan kebangsaan itu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk memastikan Malaysia meraih tiga mata setelah menewaskan pasukan Turkmenistan di Stadium Bukit Nasional Bukit Jalil pada malam tadi.

Corbin turut mencetak gol yang ketiga buat Malaysia memastikan kemenangan mutlak 3-1 dan kini berada di tangga pertama dalam kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023.

Ketika permainan hampir menuju masa penamat separuh masa pertama , Corbin Ong terus mendapat dan membawa bola dengan lariannya di mana tidak ada pemain Turkmenistan cuba menghalang pergerakkannya sehingga sampai ke kotak penalti sebelum merembat dengan sepakan leret.

Pertahanan Turkmenistan cuba menghalang tetapi tidak berjaya dan akhirnya penjaga gol lawan juga tertewas  dengan hanya melihat bola itu masuk ke gawang gol.

Keberanian dan keyakinan pemain itu membawa lari bola sehingga sampai ke bahagian pertahanan dengan jarak 70 meter dan membuat percubaan sehingga mendapatkan gol dipuji oleh hampir semua peminat yang menyaksikan perlawanan itu.

Tindakan Corbin-Ong yang tidak menghantar bola ke Faisal Halim yang bersiap sedia untuk menerima darinya hampir menggusarkan penonton tetapi dia memastikan peluang yang ada tidak disia-siakan olehnya,

Menurut Corbin-Ong kejayaan pada malam ini sebagai hasil daripada strategi yang diterapkan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Dia juga turut berasa gembira dengan gol yang dijaringkan olehnya dan setiap jaringan gol itu amat penting bagi pasukan.

Gandingan mantap Corbin-Ong bersama Shahrul Saad dan Dion John Cools memastikan pasukan yang menduduki ranking 134 dunia menggigit jari yang memastikan benteng pertahanan tidak dibolosi lagi setelah berlaku salah faham di barisan belakang sehingga Turkmenistan mendapat satu gol saguhati.

Kejayaan pasukan Malaysia turut memberikan impak positif kepada kedudukan ranking dunia di mana Malaysia mungkin mendaki ke tangga 146 dunia. Satu kenaikan ranking paling tinggi dilakukan oleh skuad kebangsaan.

Skuad Kim Pan-gon akan menghadapi pasukan Bahrain pada Sabtu ini di tempat yang sama dan sudah pasti ketua jurulatih akan merencanakan strategi yang berkesan untuk mendapatkan kemenangan yang kedua buat pasukannya.

 

 

 

Kongsi artikel ini