Pertamanya, penulis mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan (frontliners) sepanjang pandemik global yang sedang melanda dunia ketika ini terutamanya di Malaysia.
Hasil daripada segala langkah berjaga-jaga dan mematuhi segala prosedur pengendalian standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita dapat lihat kes penularan berjaya dikawal bilangan kes baharunya dari hari ke hari, dengan ketika artikel ini ditulis, sebanyak hanya 6 kes baharu dicatatkan di Malaysia.
Oleh sebab penurunan yang baik ini, kerajaan juga telah membenarkan lebih banyak sektor untuk kembali beroperasi, dengan yang terbaru aktiviti kolam renang dan menonton wayang turut dibenarkan kembali beroperasi.
Adakah aktiviti bola sepak juga perlu dibenarkan beroperasi dengan penurunan kes ini?
73 peratus fikir aktiviti bola sepak patut dipertimbangkan kerajaan
Semalam, Grandstand KITA telah menjalankan satu undian berkenaan adakah kerajaan patut mempertimbangkan pembukaan semula Liga Malaysia 2020 lebih awal kerana penurunan bilangan kes harian Covid 19 di Malaysia ketika ini.
Perancangan asalnya ialah Liga Malaysia 2020 hanya dibenarkan kembali dibuka semula pada September depan, lebih dua bulan dari sekarang, dengan sesi latihan dibenarkan mengikut segala SOP daripada kerajaan dan kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Dengan penurunan bilangan kes harian Covid 19 di Malaysia, adakah kerajaan patut mempertimbangkan pembukaan semula Liga Malaysia 2020 diawalkan daripada yang dirancang sebelum ini iaitu pada September.
— Grandstand KITA (@GrandstandKITA) June 24, 2020
Boleh dikatakan agak jelas bahawa rakyat Malaysia berfikiran bahawa kerajaan patut mempertimbangkan pembukaan semula Liga Malaysia diawalkan daripada yang dirancang sebelum ini.
Daripada 320 responden, 73 peratus daripada mereka memilih ‘ya’, manakala 27 peratus berfikiran bahawa kita harus mengikut perancangan asal iaitu pada September depan.
Eropah dah mula balik bola sepak, kenapa tidak kita?
Ramai juga memberikan hujah bahawa bola sepak di England, Jerman dan pelbagai lagi negara dilihat selamat selepas kembali membuka liga bola sepak mereka, sedangkan negara-negara tersebut masih lagi mencatatkan ratusan kes baharu Covid-19 setiap hari.
Antara sebab lain adalah mungkin kerana ramai antara kita yang dahagakan aksi Liga Malaysia ketika ini, lebih-lebih kerana hanya dapat menonton liga-liga lain.
Breaking: The Premier League is set to resume on June 17 after the clubs gave "Project Restart" the green light at a shareholders meeting on Thursday. pic.twitter.com/FXkW3R1dQY
— ESPN FC (@ESPNFC) May 28, 2020
Tambahan pula, Liga Malaysia hanya sempat berlangsung selama empat perlawanan sahaja sebelum PKP diumumkan di Malaysia.
‘Tak boleh buka kepada orang ramai pun, mainlah tanpa penonton’
Tentunya ketika ini bola sepak tidak dibenarkan ditonton di stadium, terutamanya untuk pasukan-pasukan yang mempunyai penyokong yang ramai.
Mengapa tidak kita ikut langkah negara-negara lain. Buka semula liga, tetapi hanya benarkan pemain, pegawai pasukan dan petugas media sahaja yang berada di stadium.
Borussia Dortmund players never forget the Yellow Wall.
— Squawka News (@SquawkaNews) May 16, 2020
Langkah ini dilihat agak baik, tetapi kita harus ingat, ia masih tidak menyingkirkan kesemua risiko jangkitan Covid-19 itu
. Berbeza dengan aktiviti menonton wayang, kita boleh singkirkan terus risiko tersebut kerana menonton wayang tidak perlu memerlukan sentuhan antara manusia dengan manusia yang lain.
Jangan kita lupa besar risikonya apabila bersentuhan
Tidak dinafikan, antara sebab sukarnya membenarkan aktiviti bola sepak an sukan-sukan lain yang memerlukan sentuhan dengan pemain lain adalah kerana besarnya risiko jangkitan Covid-19.
Bola sepak tentunya memerlukan sentuhan, dan walaupun bola sepak kita bukanlah yang terbaik di dunia, ia juga dimainkan dengan pelbagai kerakyatan dalam negara ini dari pelbagai negara kerana pasukan-pasukan Liga M dibenarkan menggunakan pemain import.
Good morning, Reds 😄 pic.twitter.com/wUSc0D8n7z
— Liverpool FC (at 🏠) (@LFC) June 25, 2020
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dan dalam keadaan ketika ini yang mana vaksin Covid-19 masih belum ditemui, adalah lebih baik kita mengambil langkah paling selamat dengan mengikuti segala SOP yang dicadangkan oleh kerajaan.
Kesimpulan
September mungkin terlalu lama untuk kita nantikan. Ia adalah lebih 60 hari lagi daripada sekarang.
Begitupun, kerajaan melihatnya sebagai langkah terbaik dalam menangani Covid-19 ketika ini kerana bola sepak ini ialah sukan yang sudah tentunya memerlukan sentuhan, bukan seperti aktiviti lain. Jadi mungkin kerajaan mahu pastikan ia benar-benar selamat sebelum dibuka semula.
Namun, penulis turut berpendapat bahawa mengapa tidak diawalkan tarikh pembukaan semula Liga Malaysia 2020 sekiranya kita semua mematuhi SOP daripada kerajaan dalam segala aspek, seterusnya menurunkan atau mungkin menjadikan Malaysia sifar daripada Covid-19, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menarik tarikh pembukaan liga kepada tarikh yang lebih awal.