VIDEO: Gol Magis Origi Di Anfield vs Barcelona, Antara Jaringan Terbaik LFC Dekad Ini

Liverpool pada hari ini memiliki rangkaian penyerang terbaik di dunia. Gandingan Sadio Mane, Roberto Firmino, dan Mohamed Salah pasti akan membuatkan mana-mana pemain pertahanan di dunia terkedu.

Namun jika pemain penyerang sepanjang tempoh dekad ini ingin dijadikan perbandingan, Anfield sebenarnya tidak pernah miskin menyaksikan bakat-bakat terbaik dunia.

Antaranya ialah penyerang antarabangsa Uruguay, Luis Suarez, dan juga bekas penyerang antarabangsa Sepanyol yang kini sudah bersara, Fernando Torres.

Liverpool turut pernah manyaksikan beberapa gol cantik, hebat, atau pun dianggap penuh dengan magis sepanjang tempoh sedekad ini.

Gol jaringan Philippe Coutinho menentang Southampton adalah antaranya. Begitu juga jaringan melencong Luis Suarez yang mendiamkan penyokong lawan satu ketika dahulu.

Turut menarik perhatian ialah bagaimana Mohamed Salah yang seolah-olah melakukan tarian gelek melepasi sehingga empat pemain pertahanan Tottenham Hotspur di ruangan sempit sebelum merembat masuk.

Dan bagi penyokong Liverpool, kami yakin jaringan Divock Origi di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona pasti menjadi momen magik yang tidak dilupakan.

Bagi penyokong Liverpool, jaringan manakah kegemaran anda?

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email