Romelu Lukaku adalah salah seorang pemain antarabangsa Belgium yang mengambil lesen kejurulatihan bola sepak secara atas talian selepas terpaksa berehat panjang akibat penularan wabak coronavirus.
Penyerang sensasi Inter Milan itu, bersama-sama pemain tengah Borussia Dortmund Axel Witsel dijadualkan memulakan pembelajaran mereka dengan UEFA pada kaledar perlawanan antarabangsayang lalu – sebelum Serie A ditangguhkan tempoh hari.
Pemain-pemain telah memulakan sebahagian dari elemen kursus dari rumah sepanjang penangguhan saingan domestik dan antarabangsa akibat penularan wabak COVID-19.
Menurut akhbar Daily Telegraph, selain Lukaku dan Witsel, pemain bintang lain yang turut mengambil kesempatan sempena tempoh rehat panjang ini adalah pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne.
Romelu Lukaku using time off from football due to coronavirus crisis 'to start coaching badges online' https://t.co/SkVXzkEXu5
— MailOnline Sport (@MailSport) March 26, 2020
De Bruyne dilaporkan telah mendaftar untuk menyertai Diploma kejurulatihan UEFA A dan B.
Lukaku adalah antara pemain yang bukan berasal dari Itali di Inter Milan yang dibernarkan balik ke negara asal untuk bersama keluarga sehigga tempoh kuarantin ini berakhir.
Bek kiri veteran, Ashley Young bersama-sama Victor Moses yang dipinjamkan dari Chelsea turut dibenarkan kembali ke England, sementara Christian Eriksen kini turut sudah berada di Denmark.
Seperti skuad Inter Milan yang lain, semua pemain telah dikuarantin selama 15 hari selepas terdapatnya contact dengan Daniele Rugani dalam perlawanan menentang Juventus pada 8 Mac lalu.