Romelu Lukaku boleh dikatakan berjaya menghidupkan kembali kariernya di Inter Milan selepas prestasi serba tidak menjadi bersama Manchester United sebelum ini
Dengan 17 gol dari 25 penampilan di Serie A pada musim ini, Lukaku kembali diangkar sebagai salah seorang penyerang berbisa di eropah.
Namun bakat Lukaku tidak hanya terhad dengan aksi di atas padang. Ini kerana penyerang antarabangsa Belgium ini turut mempunyai kemahiran bertutur dalam lapan jenis bahasa.
Selepas menyertai Inter, Lukaku nekad belajar Bahasa Itali dan hanya selepas dua bulan setengah, beliau sudah mampu melalui sidang media di dalam bahasa tersebut sepenunhnya.
Dream link up. Also, I think Romelu Lukaku speaks every language in the world. pic.twitter.com/ckkYO0kouc
โ Jake Entwistle (@JakeEntwistle) April 9, 2020
Bahasa kerap kali menjadi batu penghalang terbesar buat pemain yang berkelana ke luar negara โ tetapi jelas sekali ia bukan masalah untuk Lukaku.
Menurut ESPN, pemain berusia 26 tahun ini membesar dengan bercakap Bahasa Perancis di rumah dan Bahasa Flemish (dituturkan di Belanda Selatan).
Beliau juga berkebolehan berkomunikasi dengan saudara Congo nya yang menetap di Lingala dengan Bahasa Bantu,
Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis dan Jerman juga adalah antara bahasa yang dikuasai oleh Lukaku walaupun tidak pernag beraksi di Portugal atau pun Jerman.
Romelu Lukaku speaks 6 languages and watches every Premier League match http://t.co/GVRpos1er9
โ NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) September 23, 2013
Malah Lukaku mengejutkan wartawan dalam sidang media dengan bahasa Portugisnya ketika sidang media Piala Dunia selepas perlawanan Belgium menentang Brazil
Ejen Lukaku sebelum ini pernah berkata pemain itu tidak mempunyai masalah beraksi di mana-mana sahaja di Eropah, sebelum memilih untuk ke Itali selepas meninggalkan England.
Language lessons with Romelu Lukaku: Italian ๐ฎ๐น, Spanish ๐ช๐ธ, Dutch ๐ณ๐ฑ, French ๐ซ๐ท, English ๐บ๐ธ๐ฌ๐ง, Portuguese ๐ต๐น, Lingala ๐จ๐ฉ. Truly FC Internazionale. https://t.co/FewD8Tbs7o
Source: @VTMNIEUWS @HLN_BE pic.twitter.com/L7m1kuFKSS
โ Kristof Terreur ๐ฐ๐ฅ (@HLNinEngeland) November 28, 2019
Lukaku adalah model pemain yang mempunyai kepintaran tinggi. Rata-rata sesiapa sahaja akan bergelut menguasai bahasa kedua sama sekali.
Sergio Aguero misalnya masih bergumul menjawab soalan wartawan dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Begitu juga Gareth Bale yang sering dikritik kerana gagal berkomunikasi dengan berkesan sejak menyertai Real Madrid.
Tetapi kebolehan berbahasa Lukaku sememangnya sesuatu perkara yang luar biasa.
ย