Lukaku Dedah Pendirian Ole Gunnar Solskjaer Mengenai Perpindahan Ke Inter

Romelu Lukaku akhirnya mendedahkan Ole Gunnar Solksjaer sebenarnya mahu mengekalkan beliau di Old Trafford sebelum membenarkan pemain antarabangsa Belgium itu untuk berhijtah menyertai Inter Milan pada musim panas lalu.

Dalam temu ramah melalui You Tube bersama Ian Wright, Lukaku sebaliknya berkata beliau sendiri yang seolah-olah sudah ‘menyerah kalah’ untuk kekal bersama Manchester United.

Lukaku merupakan antara pemain yang kerap dikritik kerana prestasi tidak menentu United, terutama pada musim terakhirnya di England.

Pada September lalu, Solksjaer berkata ia adalah keputusan tepat untuk membenarkan Lukaku pergi ke Itali, kerana ia turut memberikan lebih banyak peluang kepada penyerang muda, Mason Greenwood.

“Satu tahu yang buruk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sepanjang karier mereka. Anda tahu apa yang berlaku di sebalik tabor. Saya sudah tidak tahan. Pada saya ia sudah tamat,” kata Lukaku.

“Ole mahu saya untuk kekal di sana. Saya jelaskan pada beliau ianya sudah tamat. Saya sudah tidak punyai tenaga. Saya harus berikan kredit kepada beliau kerana beliau faham sebelum membantu membenarkan perpindahan [ke Inter].”

Selepas prestasi tidak menentu sepanjang musim, United seolah-olah menemui rentak yang mereka perlukan sehingga kini tampil sebagai pencabar untuk slot ke Champions League pada musim hadapan.

Sebelum saingan domestik di Eropah dihentikan akibat penularan wabak coronavirus, United telah mara ke suku akhir Piala FA, dan juga Liga Europa.

“Mereka berada di landasan yang betuk kerana mereka membawa masuk pemain yang tepat,” tambah Lukaku lagi.

“Ole telah melakukan tugasnya dengan baik dan akhirnya keputusan memihak kepada mereka. Saya hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

“[United] adalah kelab yang memberikan saya platform yang saya tidak pernah lihat sebelum ini. Kerana itu jika saya tidak menghormati Man United atau mana-mana kelab di England, maka saya amat keanak-anakan.

 

 

Kongsi artikel ini