Luis Suarez mengakui beliau menyesal dan bersedih kerana membangkitkan amarah penyokong Liverpool pada musim lalu.
Pemain antarabangsa Uruguay itu meraikan jaringan menentang Liverpool ketika Barcelona mencatatkan kemenangan 3-0 di separuh akhir pertama Champions League di Nou Camp.
Pemain itu kemudian tidak dialu-alukan dan dicemuh pada perlawanan timbal balik di Anfield selepas itu.
Suarez sentiasa dipuja ibarat dewa sepanjang beraksi bersama kelab Merseyside itu sebelum ini.
“I hope you enjoy this time because it’s amazing for the Liverpool supporters. You are the champion!”
Luis Suarez has sent a message to his former team-mate.https://t.co/L96OsNbPkD pic.twitter.com/9CmjdYsnuH
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 26, 2020
Namun kerana meraikan gol tersebut, ramai penyokong Liverpool rasa tidak senang. Mungkin juga cara meraikan gol tersebut seperti mengandungi sindiran.
Menyedari telah bertindak melampaui batas, pemain berusia 33 tahun itu memohon maaf, namun faham mengapa penyokong Liverpool memberikan tindak balas sedemikian rupa.
“Saya tahu sebahagian penyokong Liverpool marah terhadap saya kerana meraikan gol dalam perlawanan menentang mereka di Nou Camp, dan kerana itu saya rasa bersedih,” ujar Suarez kepada laman sesawang Liverpool.
Luis Suarez: “I lived one of the best moments of my life there [Liverpool] and I think the supporters didn’t forget how my attitude was in the Liverpool shirt.” pic.twitter.com/vUWpDZs0Mi
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) June 27, 2020
“Saya menerima hakikat itu dan saya juga berharap mereka memahami situasi saya: kami bermain di tempat sendiri di separuh akhir Champions League.
“Ia adalah antara detik terhebat dalam kehidupan saya dan saya berpendapat mereka juga tahu sikap saya ketika menyarung jersi Liverpool.”
Liverpool bagaimanapun menampilkan magis di Anfield untuk mengecewakan Suarez dan Barcelona di separuh akhir kedua sebelum menewaskan Tottenham di aksi final dalam saingan eropah tersebut pada musim lalu.
Luis Suarez:
“I know some Liverpool supporters were angry with me because I celebrated a goal against Liverpool here in Camp Nou and for that I am so sad.” pic.twitter.com/mvvFLJcbiI
— The Anfield Talk* (@TheAnfieldTalk) June 27, 2020
Kejuaraan tersebut bermakna Liverpool sudah menjuarai Champions League sebanyak enam kali dan merupakan kelab terbaik di England dalam pertandingan benua itu.
Ketika bersama Liverpool, Suarez menjaringkan 31 gol pada musim 2013/14 dan hampir membantu Liverpool menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris.
Walaupun kejuaraan tiba di Anfield enam tahun selepas itu, sebagai bekas pemain Suarez tetap teruja dan tumbang gembira dengan kejayaan The Reds.
“Jordan and all the other Liverpool players, I am so happy for you and your family, and for the people working in Liverpool and the Liverpool fans. I hope you enjoy this time because it’s amazing for the Liverpool supporters… you are the champion!” [Luis #Suarez on LFCTV] pic.twitter.com/ofJog6Poaj
— PL CHAMP19NS (@bubbIxs) June 26, 2020
“Pada saya ini adalah detik yang menakjubkan buat penyokong, pemain dan ramai yang lain di dalam Liverpool,” tambah Suarez.
“Terdapat ramai orang yang bekerja dan terlibat dan selama 30 tahun ini mereka tidak tahu apakah perasaannya untuk Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris.
“Mereka boleh bergembira kali ini dan sudah pasti akan teruja menyaksikan Jordan [Henderson] menjulang trofi nanti.
“Saya berpendapat mereka sememangnya amat memerlukan momen sebegini. Untuk semua penyokong, kelab, dan penduduk Liverpool…saya amat gembira untuk anda semua.”