Ada yang mengatakan siapa lagi yang lebih mengenali si suami kalau bukan isterinya.
Sejak beberapa minggu yang lalu kisah Khalid Jamlus menjadi bualan komuniti bola sepak dan netizen di negara ini.
Dianggap sebagai legenda bola sepak Perak, Khalid yang turut pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan tiba-tiba mengejutkan ramai apabila melelong beberapa barangan berharga seperti trofi dan medal yang pernah dimenangi beliau ketika masih bergelar pemain.
Ramai yang tertanya-tanya dengan tindakan Khalid berbuat demikian.
Adakah beliau begitu terdesak sehingga sanggup berbuat demikian? Tidakkah beliau menyesal apabila setiap barangan yang diperolehi dengan keringat di atas padang akan dijual begitu sahaja?
Keadaan Khalid akhirnya mendapat perhatian media sehingga perkara itu turut Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Pertemuan diadakan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi membantu Khalid.
Dikecam ramai
Namun demikian pertemuan yang dirancang tidak berakhir seperti yang diharapkan sepenuhnya. Ramai yang mengecam bekas pemain negara itu, disebabkan jawapannya yang dianggap angkuh ketika menjawab soalan wartawan.
“Takkan Aku Nak Latih ‘Tukang Kebun” – jawab beliau ketika ditanya sama ada tawaran oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) nanti masih lagi di dalam bidang bola sepak.
Ini menyebabkan Khalid menerima kritikan ramai. Tidak kurang yang menuduh beliau seolah-olah merendah rendahkan pekerjaan tukang kebun.
🙏
Posted by -Khalid Jamlus- on Friday, July 10, 2020
Namun Khalid Jamlus menegaskan beliau tidak berniat untuk memperlekehkan tukang kebun.
Selain itu Khalid Jamlus turut berkongsi cerita di mana beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.
Ini termasuk menjadi kuli dan juga runner.
Dan Khalid juga pada akhir kenyataannya telah meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan kenyataan beliau.
Luahan si isteri
Isteri mana yang sayangkan suaminya tidak terguris apabila melihat suami dikecam sebegitu rupa. 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama, Zarina Zainal mungkin adalah individu yang paling mengenali Khalid Jamlus.
Berikut adalah luahan hatinya Zarina selepas melihat suaminya dikecam oleh netizen tanpa mengenali peribadi Khalid secara lebih dekat.
“Sebenarnya ramai yang tidak tahu macam-macam kerja kamu (KJ) sudah buat dan cuba selepas bersara daripada arena bola sepak.
“Selain sebagai jurulatih, kamu pernah menjalankan perniagaan kargo samapi ikut pemandu lori hantar barang, paling jauh sampai Kuantan dan kemudian terpaksa tutup perniagaan kerana kena tipu (tak ada pengetahuan perniagaan dan cepat percaya orang sebab itu senang kena tipu.. padan muka.”
Sepertimana yang pernah dikongsikan Khalid sendiri, beliau juga pernah membuat kerja buruh dan pelbagai kerja lain. Rupa-rupanya pekerjaan tersebut adalah kerja membuat jalan raya, termasuk membuat tar jalan!
“Selepas itu, kamu ikut orang buat kerja pembersihan hutan di Kuala Kangsar untuk projek… masuk hutan keluar hutan… sekali itu i tengok muka you pun dah macam orang utan.
“Kesian suami I. Apa Lagi? Kerja dengan hantu, buat jalan… jalan tar tu!, dah macam orang minyak berkilat muka dan bila senyum nampak gigi saja,” tambah Zarina lagi.
Isteri faham kedudukan Khalid
Mengakui sedih melihat keadaan suaminya, Zarina bagaimanapun faham mengapa Khalid bertindak menjual barangan berharga yang diperolehi ketika bergelar pemain.
Malah Zarina tahu suaminya itu sememangnya seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan tanggungjawab beliau.
“Saya tahu banyak faktor yang mendesak kamu buat macam ini. Sebagai anak, suami dan ayah juga, segalanya bermula bila tiada pekerjaan, orang ejek isteri kamu.. kasihan laki tak kerja.
“Ibu dan ayah sakit, nak kena bayar rumah yang kamu beli untuk ayah dan ibu waktu mula main bola selain anak nak membesar dan untuk isteri juga.
“Saya hormati apa jua keputusan kamu kerana mengenali kamu daripada bujang sudah mula pikul tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik beradik sehingga kahwin,” katanya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator @wanfayhsal melakukan pertemuan bersama bekas pemain bola sepak negara Muhamad Khalid Jamlus di Menara Kementerian Belia dan Sukan hari ini pic.twitter.com/AzakpHbrtP
— Eyda Dantes (@Eyda40382969) July 8, 2020
“Ramai yang tida tahu mengenai kesukaran yang pernah awak tempuhi…tidak apa. Doakan yang baik-baik.
“Kehidupan ialah mengenai belajar dari pengalaman, siapkan diri dengan imlu dan skill untuk terhus hidup dan berjaya. Yang laing penting jaga solat.
Saya dan keluarga kita tidak akan pernah putus berdoa untuk awak.”
Penutup
Dikhabarkan trofi kasut emas Khalid Jamlus kini mencecah harga RM80,000 dan mungkin boleh pergi lebih tinggi daripada nilai itu.
Sudah tentu kita berharap ia boleh dijadikan modal untuk Khalid bangkit semula di kemudian hari, tanpa mengira apa sahaja lapangan yang beliau ceburi selepas ini.