Lorongan Bola Mason Mount Kepada Kai Harvertz Sangat Menakjubkan

Nama Kai Havertz terus meniti di bibir penyokong-penyokong Chelsea pada ketika ini. Jaringan golnya disudahi dengan tenang selepas mendapat lorongan membunuh dari Mason Mount.

Tetapi mastermind gerakan yang sungguh luar biasa ini ialah daripada Mason Mount. Bermula dari Ben Chilwell yang melakukan โ€˜first touchโ€™ terus kepada Mason Mount.

Pemain yang memakai jersi bernombor 19 ini telah dapat menghidu posisi Havertz walaupun beliau jauh dari pemain berkenaan , terus melakukan lorongan aras bawah yang berhampiran di garisan tengah kawasan Chelsea.

Penyerang tunggal Timo Warner membuat larian bagi mengelirukan pertahanan Manchester City sekaligus Havertz dapat melepaskan diri dan hanya perlu berhadapan dengan Ederson sahaja untuk menjaringkan gol.

Pemain midfielder berdarah Inggeris ini telah mempamerkan prestasi yang konsisten dan perlawanan akhir dalam Liga Juara-juara Eropah ini adalah yang salah satu aksi terbaik yang telah ditunjukkan olehnya.

Pemain yang baru mencecah usia 22 tahun menyertai akademi kelab Chelsea pada usia enam tahun.

ย 

Semasa di usia remaja beliau pernah dipinjamkan ke kelab Belanda , pada Julai 2017 Vitesse untuk satu musim. Menjaringkan 14 gol dalam 39 perlawanan menunjukkan kemahirannya semakin meningkat.

Mason Mount kembali ke pangkuan Chelsea tetapi sekali lagi dipinjamkan ke kelab yang beraksi dalam liga Championship pada musim 2018/2019 bersama Reece James , Derby County.

Pemain ini mendapat tempat dalam skuad kesebelasan utama selepas Thomas Tuchel mengambil alih sebagai jurulatih.

Jurulatih berbangsa Jerman ini nampak potensi Mount untuk bermain di central midfielder dengan bebas.

Dan tidak sampai beberapa bulan , Mason Mount telah mula menunjukkan prestasi yang mengagumkan dengan permainan yang semakin matang.

Selepas berakhir Liga Inggeris dan UCL cup , sentuhan Mason Mount pasti akan ditagih oleh jurulatih England Gary Southgatec dalam kejohanan Euro 2020 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Kongsi artikel ini