Liverpool merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah £42 juta pada tahun lalu walaupun melabur sebanyak £223 juta untuk pemain dalam tempoh yang sama.
Walaupun jumlah keuntungan tersebut berada jauh dari paras rekod keuntungan berjumlah £125 juta pada tahun berakhir Mei 2018, impak pelaburan terhadap pemain mulai membuahkan hasil dengan keputusan di atas padang.
Kini Liverpool hanya memerlukan 4 kemenangan sahaja lagi untuk menamatkan penantian selama 30 tahun daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Berdasarkan jumlah yang didedahkan melalui laporan kewangan tahunan yang berakhir pada 31 Mei 2019, Liverpool telah berbelanja untuk mendapatkan empat pemain; Alisson Becker (£65million), Naby Keita (£52.75m), Fabinho (£43.7m) and Xherdan Shaqiri (£13m).
#LFC continues reinvesting revenues to strengthen position on and off pitch. https://t.co/2GTCeYiaod
— Liverpool FC (@LFC) February 27, 2020
Kos perbelanjaan turut meningkat selepas juara Eropah itu turut mempebaharui kontrak 11 pemain.
Antaranya adalah Jordan Henderson, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold.
Semua pemain ini memainkan peranan besar dalam memastikan skuad kendalian Jurgen Klopp mempunyai kelebihan 22 mata sebagai pendahulu liga musim ini.
Sebahagian daripada kos tersebut telah diserap melalui penjualan beberapa pemain seperti Danny Ward (£12.5m), Danny Ings (£20m) and Dominic Solanke (£19m).
Perolehan kelab Merseyside itu turut dibantu dengan kejayaan di pertandingan Champions League. Walaupun hadiah kemenangan hanya diterima pada Jun selepas perlawanan akhir, ia tetap diambil kira sebagai keuntungan tahun semasa.
💪 @GWijnaldum x @VirgilvDijk 💪 pic.twitter.com/FZ80dQi2h7
— Liverpool FC (@LFC) February 24, 2020
Ketua Pegawai Operasi Liverpool, Andy Hughes menyifatkan kemampuan kewangan tersebut membenarkan kelab terus melakukan pelaburan terhadap pemain, dan infratruktur di masa hadapan.
Pelaburan £220 juta terhadap pemain dalam tempoh itu juga adalah gambaran kejayaan strategi pelaburan kelab tersebut.
“Kos di dalam bola sepak akan sentiasa meningkat, tetapi apa yang kritikal bagi kami adalah konsistensi dalam kedudukan kewangan untuk membenarkan kami terus membawa kelab ini ke hadapan,” kata Hughes.
Jumlah peningkatan perolehan sebanyak £78 juta kepada £533 juta yang diperolehi Liverpool terdiri daripda keuntungan yang dijana dari peningkatan beberapa cabang hasil.
Lawa!😍😍😍
Posted by Grandstand Kita on Thursday, 13 February 2020
Antaranya perolehan dari hasil media meningkat sebanyak £41 juta kepada £261 juta, keuntungan dari komersil merekodkan peningkatan sebanyak £34 juta kepada £188 juta, dan keuntungan dari kutipan hari perlawanan meningkat sebanyak £3.5 juta kepada £84 juta.
Dalam tempoh yang sama, Liverpool turut membina pusat latihan berpusat yang baharu di Kirkby untuk menggantikan pusat latihan sedia ada di Melwood.
Selain itu, Liverpool turut sedang merancang untuk memperbesarkan kapasiti Anfield untuk terus menampung keperluan semasa kelab.