Kedudukan di saingan Liga Perdana Inggeris diantara Liverpool dan Manchester United pada musim ini bagaikan langit dan bumi.
Liverpool hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga yang ke-19 dalam sejarah kelab.
Manchester United pula dengan 20 kejuaraan sebelum ini kini bergelut untuk memastikan slot ke pertandingan Champions League pada musim hadapan di tangga kelima menjelang project restart selepas ini.
Tanpa mengira kedudukan atau jurang perbezaan sejak era Premier League atau sebelumnya, pertemuan kedua-dua kelab diakui merupakan antara perseteruan paling panas dalam saingan bola sepak Inggeris.
Lupakan perseteruan sebentar
Namun demikian tindakan Liverpool baru-baru ini untuk meletakkan perseteruan kedua-dua kelab ke tepi buat sementara waktu untuk memberi ruang menyatakan kekaguman terhadap Marcus Rashford adalah satu lagi sisi indah bola sepak.
Rashford baru-baru ini dikagumi ramai pihak kerana perjuangan beliau yang mempertahankan agar kerajaan mengekalkan makanan percuma di sekolah.
An Open Letter to all MPs in Parliament…#maketheUturn
Please retweet and tag your local MPs pic.twitter.com/GXuUxFJdcv
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) June 14, 2020
Di atas padang, Marcus Rashford adalah penyerang yang tidak akan ‘diberi muka’ baik oleh barisan pertahanan Liverpool, mahu pun oleh penyokong setia The Reds,
Namun usaha penyerang berusia 22 tahun itu di luar bola sepak sejak beberapa minggu lalu demi memastikan ramai kanak-kanak tidak kelaparan dengan kempen beliau turut membuat Liverpool tabik.
Children in our region will benefit because of the actions of this remarkable role model ❤️
From Liverpool With Love. https://t.co/mSatwzZZ2E
— Liverpool FC (at 🏠) (@LFC) June 16, 2020
Melalui satu ciapan di akaun Twitter rasmi kelab, Liverpool menganggai Rashford sebagai seorang hero dan sumber insiprasi.
“Kanak-kanak di kawasan ini [Liverpool] akan menerima manfaat kerana tindakan luar biasa oleh beliau.
Pujian buat Rashford
Ciapan tersebut pantas mendapat respon penyokong Liverpool yang turut menghargai kempen yang dilakukan oleh Rashford.
Salah seorang menulis: “Perkara ini lebih daripada hanya bola sepak. Class.”
Manakala seorang lagi turut menokok: “Kelaparan tidak mengenal warna kulit.”
Thank you very much Marcus! You’re a legend and keep up the good work! pic.twitter.com/3W9t4Oktw6
— Political Rants (@vinod_d007) June 17, 2020
Rayuan Rashford melalui satu surat terbuka kepada parlimen membuatkan kerajaan membuat u-turn untuk membatalkan makanan percuma kepada kanak-kanak pada musim panas di sekolah.
Pemain United dan England itu juga adalah salah seorang yang pernah memanfaatkan bantuan kerajaan itu ketika bersekolah satu masa dahulu.
Pada Selasa lalu rayuan beliau didengar oleh kerajaan yang kemudiannya menambah dana berjumlah £120 juta untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.