Liverpool dilaporkan bersedia untuk menawarkan perjanjian baharu kepada pemain pertahanan antarabangsa Belanda, Virgil van Dijk untuk menghalang sebarang kemungkinan pemain itu akan menyertai Juventus.
Menurut talkSport, tawaran baharu itu bernilai sekitar £50 juta demi menjamin Van Dijk kekal di Anfield.
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu menampilkan peningkatan prestasi yang menakjubkan sejak tiba dari Southampton pada Januari 2018.
Musim lalu, Van Dijk membantu Liverpool menjuarai Champions League, dan turut memenangi anugerah individu PFA Player of the Year (POTY).
Liverpool are preparing to offer Virgil van Dijk a new 5 year contract which will increase his wages to £150,000 a week.
I’d give him £300,000 easy. 🤯
What’s he worth? 💰 pic.twitter.com/AgglWRwe79
— 433 Formation (@433Formation) February 13, 2020
Malah pada satu tempoh, tidak ada pemain berjaya menggelecek melepasi Van Dijk dari Mac 2018 sehingga Ogos 2019.
Juventus adalah antara gergasi Eropah yang dilaporkan serius untuk memancing pemain tersebut daripada Anfield pada musim panas ini.
Perkhabaran ini menyebabkan pengurusan Liverpool perlu melakukan sesuatu, walaupun Van Dijk tidak pernah memberi indikasi akan meninggalkan kelab Meseyside itu dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, Liverpool dijangka akan memperbaharui gaji Van Dijk yang bernilai £120,000 kepada £150,000 seminggu untuk kontrak selama lima tahun.
Liverpool are preparing to offer Virgil Van Dijk a mammoth new deal worth over £50m.
Van Dijk will be offered a new 5-year deal worth upwards of £150k a week along with bonuses, with FSG viewing this as a priority before the summer. [Football Insider] pic.twitter.com/t2PcAv8FWs
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) February 11, 2020
Liverpool menunjukkan peningkatan ketara sejak ketibaan Van Dijk, dan turut memenangi Super Cup dan Piala Kelab Dunia pada awal musim.
Manakala saingan Liga Perdana Ingeris menyaksikan Liverpool telah memenangi 24 daripada 25 perlawanan yang dilalui setakat ini, menjadikan kelab tersebut berada di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga.
Kemenangan ke atas Norwich akan menambah kelebihan Liverpool kepada 25 mata di puncak liga berbanding juara bertahan, Manchester City.
The Reds kini hanya memerlukan enam kemenangan daripada 13 perlawanan untuk memastikan kejuaraan tersebut di dalam genggaman.
Malah Liverpool kini turut berpeluang memecahkan rekod selaku kelab terawal memenangi kejuaraan liga.