Expand To Show Full Article
Liverpool Sedia Beli Terus Ozan Kabak Dengan Harga £18 Juta? - Grandstand Kita

Liverpool Sedia Beli Terus Ozan Kabak Dengan Harga £18 Juta?

Kelab Liverpool dikhabarkan mahu Ozan Kabak terus kekal di Anfield setelah bersedia untuk menukarkan kontrak pinjamannya kepada pembelian kekal. Pertahanan yang baru berusia 21 tahun ini telah menunjukkan perkembangan permainannya dalam beberapa bulan ini.

Liverpool are keen to keep Ozan Kabak

The Reds yang telah lama melakukan pemantauan pemain ini diangkat menjadi pemain pinjaman pada perpindahan pemain Januari lalu dari kelab Schalke , German sebagai pengganti sementara setelah Liverpool kehilangan pertahanan mahalnya Virgil van Dijk , Joe Gomez dan Joel Matip akibat kecederaan  teruk dan terpaksa memerlukan pemulihan yang panjang.

Dalam sebahagian perjanjian pinjaman , Liverpool telah membayar yuran sekitar £1.5 juta dan mereka berunding untuk menandatangani pemain itu dengan harga £18 juta pada musim panas akan datang.

Menurut sumber yang dipercayai , pengurusan kelab memang inginkan pemain berkenaan sebagai ‘skuad depth’ pada musim depan.

Selepas bergelut dengan kesukaran pada perlawanan pertama , akhirnya Kazan telah pun menunjukkan aksi yang meyakinkan. Pemain kebangsaan Turki ini telah bermain sebanyak enam perlawanan di semua kejohanan bersiap sedia untuk berada dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp.

Keyakinan ketika beraksi membantu Jurgen Klopp untuk terus Kabak berada dalam pemantauan jurulatih itu dengan mempamerkan prestasi yang terbaik dari semasa ke semasa sehingga Liverpool bersedia untuk mendapatkannya sekiranya mempunyai peluang.

Klopp sedang berkira mencari dua orang lagi pertahanan tengah untuk menampung posisi itu  van Dijk dan Gomez yang tidak pasti bilakah mereka bersedia untuk bermain sepenuh minit pada musim depan dan ketidakpastian kontrak Joe Matip yang mungkin dilepaskan oleh Liverpool.

Manakala Ben Davies yang dipinjam dari Preston North juga mungkin tidak akan dilanjutkan kontrak lagi pada musim depan.

Jurulatih itu juga tidak mahu mengharapkan lagi Fabinho dan Henderson menjadi pertahanan kerana posisi mereka di midfield dan sudah pasti akan melakukan yang terbaik apabila beraksi di tempat yang betul.

Perancangan Jurgen Klopp pada musim hadapan ialah memastikan beliau telah bersiap sedia dengan skuad depth yang berkualiti untuk kembali bersaing selepas melalui musim ini dengan nasib yang buruk.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini