Liverpool telah menghasilkan satu video yang amat beremosi dan menyentuh kalbu selepas mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka dalam tempoh 30 tahun.
Selama 30 tahun, penyokong Liverpool sentiasa percaya dan berkata “next year is our year”, dan akhirnya selepas 28 tahun Liga Inggeris dijenamakan semula kepada Premier League, mereka boleh berkata dengan megahnya telah memenangi kejuaraan liga.
Walaupun tidak beraksi dalam perlawanan pada awal pagi tadi, kekalahan 2-1 Manchester City kepada Chelsea bermakna trofi kebanggaan Premier League menuju ke Merseyside buat pertama kalinya.
Tell the world.
We are Liverpool.
Champions of England. pic.twitter.com/fCRmFyi44l
— James Carroll (@James_Carroll84) June 25, 2020
Dan selepas tamat masa penuh perlawanan yang menyaksikan Chelsea menang 2-1 ke atas City di Stamford Bridge, Liverpool memuat naik satu montaj atau video yang menyentuh hati untuk meraikan kejuaraan liga yang ke-19, dan yang pertama di era Premier League.
Bercakap mengenai naratif video tersebut, Jurgen Klopp dipetik sebagai berkata:
“Kelab ini amat bermakna kepada mereka [penduduk dan penyokong Liverpool]. Maka ia adalah tanggungjawab kami untuk menunjukkan betapa penting ia juga kepada kami.
Tell the world…
We are Liverpool, champions of England. pic.twitter.com/altgWn1Wda
— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) June 25, 2020
“Kebanyakkannya ia mengenai emosi, intensiti, dan bagaimana para penyokong meneruskan kehidupan.
“Di manakah anda pernah mendengar mesej yang lebih baik daripada ‘You’ll Never Walk Alone?’ Ia adalah lagu paling indah di dunia. Setiap orang boleh merasakannya, dan jatuh cinta kepadanya.
“Setiap orang akan mendapat mesej [yang disampaukan]. Pada waktu paling gelap, anda tidak akan sendirian. Dan saya sukakan itu.”
WE’RE PREMIER LEAGUE CHAMPIONS!! 🏆 pic.twitter.com/qX7Duxoslm
— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) June 25, 2020
“Kita adalah Liverpool, dan itu bermakna kami harus menghiburkan setiap orang. Kita telah menunjukkan keinginan, semuanya untuk rasa cinta terhadap sukan ini.
“Kita semua akan disatukan kembali. Akan ada masanya untuk kita semua. Buat masa sekarang, maklumkan ke seluruh pelusuk dunia.
“Kita adalah Liverpool….CHAMPIONS of ENGLAND!!!”