Expand To Show Full Article
Liverpool Hampir Dapat Mandi - Grandstand Kita

Liverpool Hampir Dapat Mandi

Liverpool dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pemain pertahanan Real Betis, Aissa Mandi.

Menurut beIN SPORTS, juara Liga Perdana Inggeris itu mahu memperkuatkan bahagian pertahanan untuk saingan pada musim hadapan, dan telah menampilkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut sejak bulan lalu.

Liverpool turut dilaporkan telah menawarkan £9 juta kepada Real Betis untuk pemain tersebut, dan beIN SPORTS berkata rundingan diantara kedua-dua kelab hampir selesai.

Pemain antarabangsa Algeria itu juga sememangnya tertarik untuk menyertai Liverpool.

Berdasarkan tempoh kontrak yang berbaki setahun, Real Betis berada pada situasi sukar untuk mengekalkan pemain tersebut.

Perjanjian diantara Liverpool dan pemain tersebut turut akan dilengkapkan kemudian dengan hanya beberapa formaliti perlu dilengkapkan.

Jurgen Klopp sememangnya memerlukan seorang pemain pertahanan selepas menjual Dejan Lovren kepada Zenit St Petersburg dengan nilai £10.9 juta.

Mandi adalah seorang pemain yang dianggap mempunyai versatiliti dan mampu beraksi di beberapa posisi.

Selain sebagai pertahanan tengah, Mandi turut beraksi sebagai full back.

Merupakan pemain utama Real Betis, Mandi tampil dalam 30 perlawanan di semua pertandingan untuk Real Betis sejak menyertai kelab Sepanyol itu pada 2016.

 

Kongsi artikel ini