Expand To Show Full Article
Liverpool Dikritik Benarkan Gaji Kakitangan Dibayar Guna Dana Kerajaan - Grandstand Kita

Liverpool Dikritik Benarkan Gaji Kakitangan Dibayar Guna Dana Kerajaan

Liverpool telah mengumumkan mengambil langkah memberikan cuti kepada sebahagian kakitangan kelab selepas saingan Liga Perdana Inggeris terus digantung akibat wabak coronavirus.

Tidak kurang 200 kakitangan kelab tersebut dilaporkan terlibat, dimana peranan mereka bersama kelab telah terkekas sejak liga ditangguhkan.

Langkah tersebut bagaimanapun dikritik oleh Jamie Carragher dan Diermar Hamann – dua bekas pemain yang pernah menyarung jersi Liverpool.

Melalui ciapan di akaun Twitter, Carragher berkata: “Jurgen Klopp telah melahirkan rasa simpati beliau pada permulaan penularan wabak, pemain senior turut terlibat secara langsung dengan rancangan pemotongan gaji di Premier League. Kemudian semua rasa hormat dan niat baik itu kini hilang. Sedih dengan Liverpool FC.”

Bekas pemain antarabangsa Jerman Hamann pula berkata melalui ciapannya: “Tidak senang dan terkejut dengan perkhabaran Liverpool FC mengambil kesempatan dari skim cuti untuk membenarkan kerajaan membayar gaji sebahagian dari kakitangan. Skim itu diwujudkan bukan untuk niat sedemikian rupa. Ia bertentangan dengan moral dan nilai kelab yang saya tahu.

Pengumuman oleh Liverpool tersebut adalah susulan perjumpaan yang dilakukan oleh wakil pemain dan pengurus kelab pada Sabtu untuk membincangan pemotongan gaji semua kakitangan pasukan utama.

Sebelum itu semua 20 kelab bertanding di Premier League bersetuju untuk berbincang dengan pemain agar melakukan pemotongan gaji sebanyak 30% gaji tahunan tanpa sebarang syarat.

Liverpool kini menjadi kelab kelima di Premier League meletakkan kakitangan bukan pemain ke dalam skim cuti selepas Tottenham, Norwich Newcastle dan Bournemouth.

Di UK kerajaan telah mewujudkan Skim Cuti Coronavirus dimana kerajaan akan membayar 80% daripda gaji pekerja selama dua bulan, dengan jumlah maksima pada £2,500  sebulan untuk membantu pekerja dan syarikat yang memerlukan sepanjang krisis ini.

Liverpool bagaimanapun memberikan komitmen untuk membayar baki 20% gaji kakitangan mereka yang diletakkan di bawah skim tersebut agar pendapatan mereka tidak terjejas.

 

Kongsi artikel ini