Liverpool akhirnya melakukan u-turn, dan menarik balik niat mereka membenarkan kakitangan bercuti dari tugas sebelum turut meminta maaf kepada penyokong.
Pada Sabtu lalu Liverpool mengumumkan sebahagian daripada pekerja mereka akan diberikan cuti dari tugas secara sementara.
#LFC backtrack and apologise:
Peter Moore: "We believe we came to the wrong conclusion last week to announce that we intended to apply to the Coronavirus Retention Scheme and furlough staff due to the suspension of Premier League football and are truly sorry for that."
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) April 6, 2020
Kelab tersebut juga berkata akan memohon menggunakan skim kerajaan untuk cuti akibat wabak coronavirus untuk membayar gaji perkerja mereka sepanjang tempoh itu.
Skim tersebut dibentuk oleh kerajaan menggunakan duit cukai yang dibayar oleh rakyat di United Kingdom demi mengekalkan perkerjaan dan membantu syarikat yang memerlukan.
Berbeza dengan kelab seperti Bournemouth atau pun Norwich, Liverpool merekodkan keuntungan £42 juta sebelum cukai pada tahun lalu.
Pelaburan £220 juta terhadap pemain dalam tempoh itu juga adalah gambaran kejayaan strategi pelaburan kelab tersebut.
Posted by Grandstand Semua on Thursday, February 27, 2020
Perancangan awal oleh Liverpool ialah untuk membenarkan 80% daripada gaji lebih kurang 200 kakitangannya dibayar menggunakan dana skim tersebut, dan baki 20% akan dijelaskan oleh pihak kelab.
Berdasarkan laporan kewangan lalu, ini bermakna Liverpool hanya perlu menggunakan sekitar £2 juta untuk menampung jumlah 20% daripada gaji kakitangan tersebut.
Mengambil kira Liverpool sebagai kelab bola sepak ke-7 terkaya di dunia, langkah itu dianggap hopokrit.
#Barcelona overtake #RealMadrid as world’s richest club in #Deloitte’s 2020 Football Money League!#365Scores #ManUtd #Bayern #PSG #Spurs #Liverpool #ManCity #Juventus pic.twitter.com/iQvK9Vn0Yg
— 365Scores (@365Scores) January 14, 2020
Dietmar Hamann, Jamie Carragher dan Stan Collymore adalah antara bekas pemain yang lantang mengkritik pengurusan kelab kerana lepas tangan dan tidak mengamalkn nilai yang sering kali dilaungkan kelab selama ini.
Dalam satu surat terbuka kepada penyokong, Ketua Pegawai Eksekutif Peter Moore berkata: “Kami percaya kami telah membuat penilaian yang salah pada minggu lalu, dan kami memohon maaf untu itu.”
Moore kemudiannya berkata Liverpool akan melihat kepada alternatif lain untuk membayar gaji kakitangannya.