Liverpool, Bayern Munich Antara Kelab Minat Pancing Solksjaer Sebelum Sertai Man Utd

Ole Gunnar Solskjaer mengakui Liverpool adalah antara kelab yang mahu mendapatkan tandatangannya sebelum beliau memutuskan untuk menyertai Manchester United pada 1996.

Solksjaer kini adalah pengurus Manchester United juga dianggap sebagai legenda kelab ketika bergelar pemain.

Bintang dari Norway itu dikenali sebagai supersub dan sering tampil dengan jaringan penting untuk pasukan kendalian Sir Alex Ferguson, termasuk di perlawanan akhir Champions League menentang Bayern Munich pada 1999.

Namun sebelum perpindahan ke Old Trafford menjadi kenyataan, aksi Solksjaer bersama Molde telah mencuri tumpuan beberapa kelab besar eropah yang lain.

Ini termasuklah Liverpool yang pada ketika itu sudah 6 musim tidak bergelar juara Inggeris dan cuba bersaing dengan United.

Namun demikian Solksjaer menegaskan beliau hanya mahu beraksi untuk United pada ketika itu.

“Adakah Liverpool dan Bayern Munich juga mahukan saya? Ya. Begitu juga Cagliari, PSV dan beberapa kelab lain,” ujar beliau kepada media rasmi kelab, Inside United.

“Tetapi saya tidak akan mengubah sejarah. Hanya ada satu pilihan. Ia amat hebat apabila panggilan [dari United] itu tiba.

“Pemilik Mode mahu berjumpa dengan saya di pejabat. ‘Kami ada mendapat tawaran, adakah anda berminat?’

“Ya, okay. Mereka akan pergi bercuti selepas beberapa hari nanti.

“[Bekas pengerusi United’ Martin Edwards juga akan bercuti, ini bermakna mereka akan datang esok. Jet peribadi mereka tidak boleh digunakan, jadi mereka akan menempah jet peribadi lain untuk terus menerbangkan saya.

“Saya amat gementar [berjumpa Alex Ferguson] kerana anda risau akan berkata sesuatu yang bodoh dan memberikan tanggapan pertama yang kurang baik.

“Saya tahu beliau tidak pernah menyaksikan perlawanan saya, jadi pertemuan itu menjadi amat penting.

“Hanya saya bersendirian dalam perjumpaan. Kami menikmati fish and chips di sebuah restoran berhampiran Old Trafford, dan mungkin selepas 30 hingga 45 minit.

“Beliau berkata: ‘Gunakan tempoh 6 bulan di dalam pasukan simpanan. Menjelang krismas, kami akan menyerap anda masuk ke skuad utam.”

Solksjaer kemudian mendedahkan bagaimana beliau akhirnya menandatangani kontrak.

“Mereka hanya melakukan rundingan di Old Trafford, dan selepas itu membawa saya menjelajah stadium.

“Saya masih ingat bagaiamana petugas stadium (tour guide) membawa saya menjelajah dan bertanya mengapa saya berada di sini.

“Saya menjawab,”Saya berada di sini untuk menandatangani kontrak!”

“Dan saya meminjam pen dari petugas stadium itu untuk menandatangani kontrak yang diberikan!”

“Ia mesti menjadi detik yang membanggakan buat beliau juga mungkin.”

 

 

Kongsi artikel ini