Liverpool akan menerima bayaran bonus yang mewah jika skuad Jurgen Klopp berjaya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Pengurus pasukan, Jurgen Klopp turut dikhabarkan akan diberikan bonus istimewa sekiranya Liverpool sah bergelar jaura.
The Reds kini hanya memerlukan enam kemenangan untuk menjamin kejuaraan tersebut. Kali terakhir Liverpool bergelar juara liga ialah pada 1990.
Liverpool Players Set for Handy Bonus Should They Win the Premier League https://t.co/PNvitYsxCr pic.twitter.com/FsZ4vsDzfU
— Footymad (@footymad) February 7, 2020
Kejayaan kali ini lebih manis kerana ia akan menjadi yang pertama sejak era EPL diperkenalkan pada 1992.
Jika Liverpool dan Man City tidak kehilangan mata selepas ini, maka skuad kendalian Klopp akan bergelar juara di Anfield dalam perlawanan menentang Crystal Palace.
Ia bagaimanapun tertakluk kepada perubahan jadual akibat pindaan selepas Liverpool meneruskan kemaraan dalam pertandingan Piala FA.
Ia adalah tarikh terawal Liverpool bergelar juara, sekaligus memadam rekod yang dipegang oleh Manchester United pada musim 2000/01. United bergelar jaura pada 14 April pada ketika itu.
#LFC’s players will share a bonus pot of over £4m for winning the Premier League this season.
All players who have played in the Premier League this season will be eligible for the bonus, which will be paid on a sliding scale determined by appearances. https://t.co/kH5lh3AZVX
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 6, 2020
Jika tidak dalam perlawanan menentang Palace, The Reds masih boleh berbuat demikian dalam perlawanan menentang Manchester City di Etihad pada 4 April.
Liverpool kini adalah pilihan utama untuk bergelar juara, dan masih tidak terkalah setakat ini.
Skuad utama dijangka menerima kira-kira 150,000 pound (RM802,249) seorang termasuk bonus kemenangan yang biasa diterima sepanjang musim ini.
Selain daripada itu, keseluruhan skuad Liverpool turut akan berkongsi RM27 juta hadiah kemenangan.
Liverpool dijangka akan menggunakan pemain simpanan mereka lebih kerap di saingan liga sekiranya mampu mengesahkan kejuaraan lebih awal untuk memberi tumpuan kepada cabaran di Eropah.
16 pemain telah melakukan lebih dari 10 penampilan setakat ini dengan Gini Wijnaldum (2,031), Roberto Firmino (2,073), Andy Robertson (2,175), Trent Alexander-Arnold (2,190) and Virgil van Dijk (2,250) adalah lima pemain dengan penampilan terbanyak.