Expand To Show Full Article
Liverpool Bakal Julang Trofi Premier League Di Perth? - Grandstand Kita

Liverpool Bakal Julang Trofi Premier League Di Perth?

Liverpool Bakal Julang Trofi Premier League Di Perth? Akibat ketidaktentuan akibat penularan wabak yang melanda, maka tidak ada perkara yang mustahil dalam bola sepak di peringkat ini.

Ia termasuklah membawa keseluruhan saingan Liga Perdana Inggeris ke ceruk lain dalam peta dunia – Perth, Australia.

Semua aktiviti sukan profesional di Unitd Kingdom telah tertangguh sejak Mac, dan tatkala kebanyakkan negara di Eropah masih berada dalam perintah berkurung, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk saingan musim 2019/20 untuk dimulakan kembali.

Australia pula sebaliknya dengan laporan kes jangkitan wabak hanya mencecah 7,000 kes dengan 100 kematian berbanding di UK yang merekodkan 184,000 kes dengan 28,000 kematian.

Dan terdapat pihak di Perth percaya tiada sebab untuk  Jurgen Klopp, Pep Guardiola, Jose Mourinho dan nama-nama besar bola sepak Inggeris yang lain untuk berkumpul di sana untuk menamatkan saingan musim ini dengan selamat.

“Saya telah berbincang dan menghubungi beberapa kelab Premier League, dan mereka sukakan idea itu, ” kata seorang ejen bernama Gary Williams yang dilahirkan di Birmingham.

“Saya juga bercakap dengan pegawai kerajaan mengenai idea ini dan mereke juga teruja. Kita akan berbincang lagi minggu ini. Semua orang selamat di sini. Pihak kerajaan telah menarik balik banyak arahan sebelum ini.

“Kita boleh duduk seramai 10 orang dalam satu kumpulan, berjalan-jalan di tepi pantai secara terbuka. Kami hanya merekodkan sedikit kes dalam tempoh 10 hari sebelum ini.

Tatkala idea itu tampak bernas, hal-hal lain seperti logistik dan dana kewangan akan pantas menjadi isu lain yang akan dibangkitkan.

Bagaimanapun Williams dikatakan mempunyai sokongan daripada ahli politik tempatan untuk membawa Premier League ke Australia Barat.

Senator di Perth, Glenn Sterle berkata: “Saya melihat apa yang berlaku di England dengan hati yang berat. Kami mahu membantu.

“Kami hampir tidak merekodkan sebarang jangkitan baru. Mereka hanya perlu menjalani kuarantin beberapa hari apabila mereka tiba dan kemudian kita bersedia untuk beraksi.

“Apabila Gary [Williams] melemparkan idea itu, saya berpendapat ia amat menarik. Saya gembira beliau mendapat respon yang sama dari pihak Premier League yang beliau telah hubungi.

“Tempat ini adalah pusat kepada acara sukan di Australia. Kami ada udara yang nya,an dan cuaca yang baik. Ia pasti ideal.”

Dalam perjumpaa pada Jumaat lalu, pihak Premier League masih lagi bercadang untuk menamatkan baki saingan pada musim ini.

Perth sentiasa menarik minat beberapa kelab Premier League ketika pra musim. Manchester United dan Chelsea antara kelab yang berkunjung sejak beberapa musim lalu.

Jika saingan diteruskan di Perth, ini bermakna Liverpool bakal menjadi kelab Imggeris pertam menjulang kejuaraan di bumi asing.

Skuad Jurgen Klopp hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk bergelar juara, sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun.

Kongsi artikel ini