Liverpool dikatakan telah mengatur untuk Jurgen Klopp menonton perlawanan ulangan Piala FA di hadapan laptop sambil menimati cuti musim sejuk.
Menurut laporan The Guardian, Liverpool akan dikendalikan oleh jurulatih skuad Bawah 23, Neil Critchley untuk berhadapan dengan Shrewsbury di Anfield.
Ia berikutan Klopp dan semua pemain senior dari skuad utama telah merancang untuk berehat, dan mengakui ia langkah diperlukan dalam menghadapi jadual perlawanan yang padat.
Jurgen Klopp can call into the dressing room during the FA Cup replay with Shrewsbury, says Under-23s coach Neil Critchley 👉 https://t.co/vYL12UZMqm pic.twitter.com/HZmMyF9NP0
— BBC Sport (@BBCSport) February 3, 2020
Klopp dikatakan akan menonton perlawanan tersebut dari laptop yang disediakan kelab, yang disambung kepada LFC TV.
Sehubungan dengan itu, Crichley akan memanggil pemain terbaik dari skuad Bawah 19 dan Bawah 20 Tahun untuk berhadapan dengan kelab League One tersebut.
50,000 penonton dijangka menghadiri perlawanan tersebut di Anfield selepas kesemua tiket perlawanan habis dijual.
Kelab Merseyside itu sebelum ini menurunkan harga tiket kepada £15 untuk dewasa, £10 untuk remaja, dan £1 untuk kanak-kanak.
Tiket perlawanan serendah RM5.30 di Anfield.
Posted by Grandstand Kita on Tuesday, 28 January 2020
Critchley turut berpendapat Klopp sewajarnya diberikan rehat pada cuti musim sejuk yang sememangnya telah dipersetujui oleh Premier League.
Namun jurulatih itu tetap mengalu-alukan Klopp untuk menghubungi beliau ketika perlawanan sekiranya perlu.
Ia bukan pertama kali Crichley mengendalikan Liverpool pada musim ini. Sebelum ini jurulatih tersebut turut mengetuai skuad muda Liverpool berhadapan Aston Villa di pertandingan Piala Carabao.
“Jurgen [Klopp] menghantar mesej pada babak pertama [menentang Villa] yang saya fikirkan amat baik pada ketika itu.
“Walaupun bermain dengan baik, tetapi tetap tewas 4-0, margin sebegitu memberikan anda keraguan. Adakah anda telah melakukannya dengan betul?
"The way we played against Aston Villa, he maybe thought the boys deserved another opportunity." 👍 https://t.co/nHqurh8EMp
— This Is Anfield (@thisisanfield) February 3, 2020
“Bila anda mendapat mesej dari pnegurus yang berkata: ‘Jangan ubah apa-apa. Teruskan dengan apa yang anda lakukan’, maka anda yakin anda melakukan perkara yang betul.
“Mesej tersebut telah menghapuskan keraguan setiap pemain, dan ia amat membantu setiap orang pada ketika itu,” kata Critchley menceritakan pengalamannya.
Critchley juga berkata antara kualiti lain yang terdapat pada Klopp ialah bagaimana pengurus dari Jerman itu mempercayai setiap individu dengan tugasan yang diberi.
“Sokongan terbaik yang beliau [Klopp] berikan kepada pemain [muda] ialah dengan memberikan mereka cukup peluang,” tambah Critchley.
What a year it was!!! Hopefully this one brings much more, happy birthday to me😊🥳🎉 pic.twitter.com/nyJGvASyj6
— Curtis Jones (@curtisjr_10) January 30, 2020
Pemain berusia 19 tahun, Curtis Jones dijangka akan menjadi kapten Liverpool dalam perlawanan ulangan tersebut.
Ia bukan perlawanan yang mudah dan Critchley mengakui pemain muda kendaliannya harus berhadapan dengan aspek fizikal pemain Shrewsbury.
“Apabila anda beraksi menentang sekumpulan lelaki yang sudah matang sepenuhnya secara fizikal, maka itu adalah kelebihan buat mereka.
“Mungkin kami hanya perlu menampilkan permainan cara kami sendiri. Jika pemain-pemain ini mahu memiliki karier yang baik, maka cabaran seperti dari perlawanan seperti ini haruslah diambil.”
Satu perkara yang pasti ialah Klopp akan menikmati perlawanan tersebut melalui laptop.