Liverpool Adalah Juara EPL Tanpa Perlu Raih Mata Lagi Jika…

Tahukah anda bahawa kemenangan Liverpool ke atas Bournemouth pada malam tadi bermakna kelab Merseyside itu sudah boleh bergelar juara Premier League tanpa perlu mengutip sebarang mata lagi dalam baki perlawanan selepas ini?

Jurgen Klopp dan ramai penyokong Liverpool mungkin mulai berfikir tentang senario terburuk yang mungkin menimpa selepas Callum Wilson meletakkan The Cherries di hadapan.

Liverpool tewas kepada Watford – kekalahan pertama pada musim ini – pada minggu lalu.

Namun gol jaringan Mohamed Salah san Sadio Mane pada babak pertama perlawanan cukup untuk mengembalikan Liverpool ke landasan kemenangan.

Secara matematik, Liverpool memerlukan 9 mata sahaja lagi untuk disahkan juara.

Namun kemenangan malam tadi juga bermakna Liverpool tidak memerlukan walau satu mata dari baki 9 perlawanan jika situasi seperti di bawah berlaku.

Tatkala Liverpool selesa dengan 25 mata yang mereka miliki, pencabar terdekat, Manchester City akan beraksi tiga perlawanan bermula dengan perlawanan menentang Manchester United pada malam ini.

Skuad Pep Guardiola juga  akan berhadapa Arsenal pada Rabu, diikuti Burnley pada Sabtu. Perlawanan seterusnya untuk The Kopites pula ialah menentang Everton pad Isnin hadapan.

Ini bermakna Liverpool boleh mulai meraikan kejuaraan sebelum perlawanan menentang Everton jika City tewas semua tiga perlawanan yang dilalui pada minggu ini.

Man Utd vs Man City (Old Trafford)

Semua orang tahu Manchester United adalah seteru Liverpool.

Namun berbeza dengan kisah musim lalu, derbi Manchester pada kali ini mempunyai momentum berbeza dalam menentukan kejuaraan liga.

Musim ini United telah menewaskan City dua kali, dan pertemuan ketiga pada musim ini juga bermakna ianya bukan mustahil kemenangan sekali lagi akan menjadi milik anak buah Ole Gunnar Solksjaer.

Selepas tewas kepada Liverpool dan Burnley pada Januari, United kini tidak tewas dalam sembilan perlawanan dari semua pertandingan sejak Februari lalu, dan berada di tahap terbaik mereka pada musim ini.

Man City vs Arsenal (Etihad)

Selepas Manchester United, skuad Guardiola akan menanti saingan getir daripada Arsenal di Etihad pula.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta cukup masak dengan taktikal dan ancaman yang boleh diberikan City – setelah bergelar pembantu kepada Guardiola sejak beberapa musim lalu.

Prestasi Arsenal sejak Januari lalu juga semakin bertambah baik apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan sepanjang tahun 2020 ini.

Kekalahan kepada United, hanya akan memberi lebih banyak keyakinan kepada Arsenal untuk melakukan kejutan.

Kemenangan hanya akan memberikan lebih banyak peluang untuk Arsenal ke pertandingan eropah pada musim hadapan.

Man City vs Burnley (Etihad)

Sukar untuk membayangkan City tewas dalam perlawanan ini, namun di dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku. Apatah lagi jika ada tekanan terutama jika City tewas dua perlawanan terdahulu.

Jika perlawanan ini berakhir dengan seri – City tewas kepada Man Utd dan Arsenal – ini bermakna Liverpool hanya perlu menewaskan Everton di Goodison Park untuk memastikan kejuaraan.

Sekiranya City menang semua tiga perlawanan ini, Liverpool hanya perlu menang di Etihad untuk mengesahkan kejuaraan pada 5 April.

Apa-apa pun ia sudah amat hampir untuk kemarau 30 tahun itu bakal berakhir.

 

Kongsi artikel ini