Liridon Krasniqi: Pro & Kontra Bersama JDT

Liridon Krasniqi kini sah bergelar pemain skuad Harimau Selatan. Beliau akan didaftarkan selaku pemain tempatan untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Bukan rahsia lagi, Liridon adalah salah seorang pemain yang akan didaftarkan sebagai pemain naturalisasi pada masa akan datang.

Berdasarkan perkembangan terkini, Liridon dijangka menerima status naturalisasi beliau sebelum sepak mula Liga Malaysia.

Kualiti Liridon

Sebagai seorang pemain Liridon Krasniqi merupakan pemain berbakat yang sangat baik.

Beliau merupakan pemain yang boleh bermain di bahagian tengah, sama ada sebagai attacking midfielder ataupun defensive midfielder.

Di situ anda sudah boleh mendapat aspek versatiliti di dalam pemain ini.

Liridon juga memiliki pengalaman yang sangat banyak dalam Liga Malaysia.

Apa kata penyokong Kedah?

Baca menerusi instant article: http://bit.ly/2DJeqkZ

Posted by Semuanya BOLA on Sunday, January 28, 2018

Seterusnya dari segi keperluan posisi, sebenarnya JDT memiliki kuantiti untuk pemain tengah yang cukup. Jika beliau tidak menyertai pasukan JDT dia bukanlah satu masalah yang terlalu kritikal.

Tetapi dari segi kualiti, mungkin itu yang akan membezakan Liridon dengan pemain lain. Itu yang akan berlaku di Johor Darul Ta’zim, terutamanya di saingan ACL 2020 yang memerlukan pemain yang memiliki teknikal sebaik Liridon.

Cuma sekarang ini pemain ini sudah boleh dikira semusim tanpa bola sepak competitive.

Dari segi rupa badan ataupun body shape beliau nampak baik dan tidak ada tanda-tanda fizikalnya terlebih berat badan ataupun sebagainya.

Namun ini memerlukan staff kejurulatihan JDT menilai semasak-masaknya perkara ini kerana pemain ini pastinya perlu dilentur semula.

Kelebihan untuk JDT?

Ada juga teori menyatakan Liridon akan memberikan manfaat dari segi kuota pemain yang boleh didaftarkan sebagai naturalisasi.

Hal ini kerana pemain ini sudah menetap di Malaysia untuk tempoh yang lama dan boleh memohon kerakyatan seperti Mohamadou Sumareh.

Bagi saya ini adalah satu kelebihan yang sangat bagus kerana JDT boleh menggunakan kuota ini sebagai tambahan kekuatan di dalam kempen AFC champions League mereka.

Welcome back

#JDTII
#TrainingSession
#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, December 5, 2019

Sekiranya beliau berada dalam prestasi terbaik ataupun berjaya mendapatkan semula prestasi kemuncaknya seperti sebelum ini, Liridon Krasniqi akan menjadi ancaman kepada semua pemain tengah yang ofensif di dalam pasukan JDT.

Selain itu beliau boleh menjadi back up kepada posisi defensive midfielder. Gaya permainannya yang bukan hanya seorang box-to-box bubatkan nilainya sangat tinggi di dalam sesebuah pasukan.

Liridon jadi ancaman?

Pemain-pemain yang akan terancam pastinya seperti Natxo Insa dan Afiq Fazail.

Namun maksud terancam di sini adalah merujuk kepada persaingan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Jangan pula ada yang salah anggap.

Persaingan seperti ini sangat bagus kerana ianya boleh membantu meningkatkan kualiti setiap pemain sekiranya jurulatih dapat menguruskan pasukan dengan sebaik mungkin.

Lagipun sebuah pasukan yang memiliki kualiti kuat dan besar seperti JDT para pemain sudah hidup dalam ekosistem yang memerlukan mereka bersaing lebih kuat.

STATISTIK PEMAIN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM – AFIQ FAZAIL

———

JOHOR DARUL TA’ZIM FC PLAYER STATISTICS – AFIQ…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, December 2, 2019

Tetapi pastinya penting juga untuk jurulatih menguruskan sebuah besar yang memiliki pemain-pemain yang berkualiti di setiap posisi.

Sekiranya tidak diuruskan dengan baik dia boleh merencatkan match fitness pemain sepanjang musim.

Oleh itu dari sudut kualiti sebagai pemain bola sepak pemain ini tiada masalah langsung dengan syarat beliau masih lagi mendapat prestasi yang beliau ada sebelum ini.

Dan sekali lagi saya tegaskan, ianya sangat bergantung kepada penilaian terbaik oleh kejurulatihan JDT dalam menilai perkara seperti ini.

Apa isu dengan Liridon?

Namun begitu, satu lagi aspek yang perlu diambil kira ialah disiplin. Pemain ini tiada masalah dari segi komitmen. beliau adalah jenis pemain yang gemarkan banyak bola sepak dan sentiasa bekerja keras di atas padang.

Namun begitu beliau jelas sekali ada isu dengan individualistik di dalam corak permainannya yang boleh merencatkan sistem permainan pasukan JDT yang berasaskan free flowing football.

Ini lebih merujuk pada split dari sudut taktikal.

Untuk pemain seperti Safawi Rasid ataupun Gonzalo Cabrera, ianya bukan masalah untuk mereka bermain secara lebih individu kerana mereka adalah penyerang.

Jurulatih Kedah menyifatkan tindakan Mat Don mencium semua orang termasuk pengadil adalah sebagai tanda meraikan kemenangan.

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, September 1, 2018

Namun sekarang seorang pemain tengah yang beraksi dalam pasukan seperti JDT seharusnya mementingkan aspek permainan berpasukan berbanding dengan individu.

Rujukan terbaik pastinya apa yang pernah dilakukan oleh Natxo Insa ketika beliau cergas dan menjadi pemain yang berada dalam prestasi terbaik untuk pasukan JDT 2 musim yang lalu.

Bagi saya hanya ini bukanlah halangan terbesar untuk Liridon menjadi pemain yang boleh bermain dalam pasukan JDT.

Namun ia tetap akan menjadi satu sempadan kecil yang akan membezakan beliau dengan pemain yang benar benar yang menepati kehendak JDT bagi membolehkan beliau engkau di sana untuk jangka masa panjang.

Rumusan

Tetapi ini bukanlah masalah yang besar sekiranya beliau mahu ataupun boleh berubah cara permainannya. Kerana menggelecek itu merupakan salah satu kekuatan Mat Don.

Dari segi disiplin di luar padang, sebelum ini beliau ada kes bercakaran dengan rakan sepasukan. Di JDT perkara itu Mungkin tidak akan beliau lakukan sekiranya beliau sayangkan tempatnya di dalam pasukan.

Itu sahaja pandangan saya tentang Liridon Krasniqi sekiranya beliau menyertai pasukan JDT. Sememangnya ada beberapa pro dan kontra.

Kongsi artikel ini