Lima belas tahun yang lalu di sebuah stadium di ibu negara, bintang sedang meningkat naik pada waktu itu, Lin Dan bersemuka dengan Lee Chong Wei di perlawanan akhir buat kali pertama.
Siapa tahu pertemuan pertama di perlawanan akhir Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur itu adalah permulaan kepada perseteruan terhebat yang pernah disaksikan di dalam dunia badminton pada hari ini.
Chong Wei pada ketika itu berusia 22 tahun. Lin Dan pula hanya setahun lebih muda.
Dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 88 minit itu, Chong Wei akhirnya melepaskan satu tumbukan ke udara – tanda kemenangan selepas menewaskan Lin Dan 17-15, 9-15, 15-9.
Kepuasan Chong Wei
Bagi Chong Wei, beliau mengakui puas apabila menewaskan pemain sehebat Lin Dan.
“Semua orang dapat menilai bagaimana beliau [Lin Dan] bermain,” kata pemain negara itu yang juga merupakan juara bertahan sejurus selepas menundukkan Lin Dan.
“Beliau sangat bagus ketika menyerang, dan permainan overhead smash dan crosscourt beliau amat bahaya. Ia amat memuaskan untuk menewaskan beliau.”
Dalam perlawanan akhir ini, ia adalah kepuasan buat Chong Wei. Namun bagi Lin Dan, ia adalah pendorong untuk beliau bangkit dan membuktikan kepada Chong Wei dan dunia kemampuan sebenarnya.
Perseteruan yang menjadi inspirasi
Pertemuan pertama di perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pemain di Terbuka Malaysia 2005 itu disifatkan sebagai permulaan sengit yang memulakan perseteruan terhebat di dalam dunia badminton.
Ia juga berlarutan sehingga membabitkan dua perlawanan akhir Sukan Olimpik dan dua perlawanan akhir Kejohanan Dunia yang turut menarik perhatian jutaan generasi baharu peminat badminton dari seluruh dunia.
It is not easy to each other. The perfect symbol for the Olympic spirit. Pay tribute to Lin Dan and Lee Chong Wei! pic.twitter.com/s36SqlA51M
— pepito (@pepito971018) August 20, 2016
Secara keseluruhan Chong Wei tewas dalam empat perlawanan Kejohanan Dunia. Dua daripadanya adalah kepada Lin Dan, dan dua lagi kepada Chen Long.
Dan ia kekal sebagai pertandingan utama di mana Chong Wei tidak pernah menikmati kejuaraan selain daripada dua perlawanan akhir Sukan Olimpik (2008. Beijing; 2012, London) selepas turut dinafikan oleh Lin Dan.
Lin Dan thoughts about Lee Chong Wei and his spirit to gets a medal and be Olympic champion.
"that's how cruel competitive sports can be" pic.twitter.com/uysjiygtfK
— . (@syakilamilaa) August 9, 2019
“Perseteruan kedua-dua pemain tiba pada ketika dunia badminton memerlukan inspirasi,” kata K.M Boopathy yang merupakan seorang wartawan veteran dari Malaysia dan sempat membuat ulasan mengenai pertemuan pertama kedua-dua pemain pada 2005.
“Kedua-duanya telah menjadikan sukan ini sangat popular,” kata beliau ketika bercakap kepada AFP.
Kelas tersendiri
Pada hari ini Chong Wei sudah pun berusia 37 tahun. Seterunya pula berusia 36 tahun, dan kedua-duanya telah bertemu diantara satu sama lain dalam 40 perlawanan.
Super Dan, sepertimana beliau dikenali di seluruh dunia boleh bermegah kerana memenangi 28 daripada pertemuan tersebut, dan hanya tewas 12 kali kepada Chong Wei.
Pemegang 2 pingat Emas 🥇 @Olympics, Lin Dan umum persaraannya dari dunia badminton hari ini. ☹️
Thank you for the memories, Super Dan! Apa moment yang anda tak boleh lupa antara rivalry Lin Dan & Datuk Wira Lee Chong Wei?#sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/RJuia2G7fS
— Team Malaysia (@TeamMsia) July 4, 2020
Chong Wei pula hanya tewas sekali sebelum pertemuan di Kuala Lumpur pada 2005 kepada Lin Dan sebelum membalas dendam di perlawanan akhir itu.
Perebutan pingat emas di Sukan Olimpik 2008 dan 2012 adalah yang paling diingati membabitkan kedua-dua pemain.
Kedua-duanya sebelum itu mendominasi kedudukan No.1 dunia untuk tempoh yang lama.
Chinese shuttler Lin Dan, the two-time Olympic gold medalist, announced his retirement on social media Saturday by ending his 20-year glorious national team career. https://t.co/qjqLGG43lO pic.twitter.com/Ri0htEvLqX
— People's Daily, China (@PDChina) July 4, 2020
Beraksi di gelanggang sendiri, Lin Dan menang straigh set di Beijing pada 2008. Namun keadaan di London pada 2012 berbeza sekali.
Chong Wei hampir sahaja memberikan pingat emas pertama Sukan Olimpik kepada negara, mendahului 19-18 di dalam set penentuan, namun nasib tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Selain kekalahan pada 2012, Chong Wei turut tewas kepada Lin Dan pada 2011 dan 2013 di Kejohanan Dunia yang dianjurkan di China.
Perkara yang kekal misteri ialah pada 2013 apabila penghawa dingin yang berfungsi sepanjang kejohanan tiba-tiba tidak berfungsi dan dikatakan menjadi punca kecederaan yang menimpa Chong Wei.
Chong Wei pada ketika itu berada pada kedudukan match point, namun tidak dapat meneruskan aksinya akibat kecederaan tersebut.
Karakter dan kontroversi
Di sebalik perseteruan hangat ketika berada di dalam gelanggang, Chong Wei dan Lin Dan sentiasa mempunyai rasa hormat dan bersahabat baik di luar pertandingan.
Mereka mempunyai minat dan hobi yang sama seperti menggemari jentera mewah seperti kereta lumba.

Namun demikian kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza. Lin Dan misalnya mempunyai reputasi sebagai ‘budak jahat’ dalam dunia badminton.
Beliau memiliki banyak tattoo di badan, perkara yang bukan kebiasaan di kalangan mana-mana atlet dari China, dan tidak pernah teragak-agak melaungkan keyakinannya di tengah gelanggang – dan adakalanya disalahertikan sebagai angkuh.
Satu halaman untuk "the legend"…
Bagaimana rasanya mendengar kejadian kemarin jika kamu salah satu fan berat Lin Dan?#SingaporeOpenSuper500 pic.twitter.com/G7mvm7juHw
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) April 11, 2019
Dianggap sebagai pemain terbaik dunia, Lin Dan tidak pernah lari dari kontroversi. Pada 2008 misalnya, beliau melepaskan panas barannya ketika sesi latihan, namun terpaksa menafikan dirinya memberontak terhadap jurulatih.
Chong Wei pula mempunyai perwatakan yang kontra dengan bintang dari China itu. Chonh Wei digemari ramai kerana kerendahan dirinya.
Namun di sebalik peribadi yang lebih senyap, kekuatan utama Chong Wei adalah refleks luar biasa yang dimilikinya, dan kini masih lagi pemegang rekod dunia untuk smash terkencang/terpantas pernah dihasilkan.
Badminton player Lee Chong Wei given backdated eight-month doping ban http://t.co/FSBqUu0MyU (Photo: AP) pic.twitter.com/kETrC43YxD
— Guardian sport (@guardian_sport) April 27, 2015
Seperti Lin Dan, Chong Wei turut pernah melalui kontroversi apabila pernah digantung daripada bermain akibat ujuan air kencing yang positif barangan larangan pada 2014.
Beliau tidak beraksi selama lapan bulan, sebelum rayuannya dan penjelasannya diterima sebelum dibenarkan kembali bertanding secara kompetitif.
Kembali dari pergantungan tersebut, Chong Wei menewaskan Lin Dan di separuh akhir Sukan Olimpik di Rio. Namun impian menggapai emas turut terhalang oleh seorang lagi wakil dari China, Chen Long.
Penutup
Chong Wei yang mengumumkan persaraan pada tahun lalu secara keseluruhan telah merekodkan 705 kemenanan dan 69 kejuaraan utama sepanjang tempoh 19 tahun karier.
Sudah tentu, Chong Wei dianggap sebagai legenda dan wira di Malaysia. Persaraan Chong Wei bukan sahaja disambut sedih oleh peminat beliau dari Malaysia.
“Saya akan bersendirian di gelanggang, dan tidak ada sesiapa yang akan menemani saya,” respon Lin Dan melalui Weibo sebaik dimaklumkan mengenai keputusan Chong Wei.
Lebih setahun, kini giliran Lin Dan pula mengumumkan persaraan beliau. Dan ini pula titipan kata dariapada sahabatnya Chong Wei.
We knew this day would arrive,
Heavy moment of our lives;
You pulled down the curtain gracefully,
You were king where we fought so proudly;
Your final wave all four disappear,
Within the hush of silent tear.#lindan pic.twitter.com/gLJdpPTkB9— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) July 4, 2020
“Kita tahu bawa hari ini akan tiba juga. Momen berat dalam hidup kita; kamu melabuhkan tirai dengan indah sekali, kamu pernah menjadi raja di mana saya berbangga bertarung dengan pertarungan kita.”
“Lambaian akhir kamu, kesemua empat [kita] telah pergi [bersara], dalam tangisan air mata yang tidak kedengaran.” ujar Chong Wei.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah di suku akhir All England pada Mac 2017 yang memihak kepada Lin Dan.
Kedua-duanya akan dikenang sebagai seteru terhebat dalam sejarh badminton dunia – namun tidak pernah meninggalkan semangat kesetiakawanan