Abang memang dah lama peratikan perangai Anthony Martial ni. Dia punya sengal memang tak boleh bawak bincang. Apa ke jadahnya dia rembat bola ke bumbung stadium sedangkan gawang gol dah terkangkang luas. Dia inilah punca sebenar Manchester United kalah. Bukan kalah yang bermaruah. Kalah yang amat menggelikan hati oleh haters kat luar sana.
What Anthony Martial did last night cannot be forgiven 🤬🤬🤬🤬…..How does a full number 9 ya Manchester United miss this open goal???!!!!! pic.twitter.com/6zzlWUbgRN
— Tumelo B (@Josta__) December 3, 2020
Ole Gunnar Solksjaer ini pun satu hal. Apa punyalah sangat sayang dia pada budak Perancis ini. Main banyak kali tapi haram satu gol pun tak score. Sayang-sayang ditimang-timangkan. Patut sayang-sayang dijual-jualkanlah.
Macam Anthony Martial ini memanglah dia perform hujung-hujung musim 2019/2020. Itupun nasib baiklah Bruno , budak Porto dari Portugal masuk dalam kem Red Devils. Kalau tidak ke laut lah deme dalam EPL. Abang rasa Bruno ajalah yang membanting empat tulang kerat dia untuk naikkan semula kejaguhan Setan Merah yang kononnya telah berpecah-belah ke persada dunia. Yang lain macam Anthony , Lindegard , Greenwood main Tik-tok aja handal.
Lima Sebab Anthony Martial Patut Di Jual Bagi Abanglah.
1.Tak Perform Untuk Kelab Buat Apa Nak Simpan
Anthony Martial from August :
– Missed 3 one on one’s in UEL SF.
– Got red card against Spurs.
– Scored an own goal against PSG.
– 0 goals in league this season and it’s December now.
But it’s acceptable because he wore hand gloves.
— Alajo 🔴 (@UtdAlajoo) December 2, 2020
2. Menghabiskan Boreh Ajo
Gaji mahal-mahal tapi tak setimpal dengan kualiti permainan yang disajikan. Kami ni nak tengok penyerang Setan Merah sedap sumbatkan gol. Bukan makan gaji buta aja.
Name: Anthony Martial
Age: 24 years
Wage: £250,000 pic.twitter.com/QSD5L8sNGC— Tide 🇨🇦 (@dahweirdguy) May 18, 2020
3. Mahukan Trofi Untuk Musim ini
Abang dah lama tak tengok Red Devils menjulang Trofi EPL yang berprestij ini. Dah masuk tujuh tahun. Kali terakhir 2013 yang waktu itu zaman Atuk Sir Alex Ferguson. Paling untung Robbie Van Persie. Baru semusim main untuk Manchester dah julang trofi. Powerkan waktu itu? Tapi tak boleh diungkit kisah lama dah.
📆 12 mai 2013 : La dernière de Sir Alex Ferguson.
Ce jour là, Ferguson soulève pour la 13e fois en 20 ans le trophée de la Premier League.
Depuis son départ, Manchester United n'a plus jamais été sacré champion d'Angleterre. pic.twitter.com/Zlxp1uHHLY
— Actu Foot (@ActuFoot_) May 12, 2020
EPL Champions 2012-2013 pic.twitter.com/90NrcaqJon
— Indo @ManUtd Pwdd (@Indomanutd_pwd) May 13, 2013
Liverpool pun dapat jadi juara EPL 2019/2020 walaupun terpaksa tunggu lama sikit selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Britain berakhir. Tak kisahlah julang trofi dalam stadium yang kosong. Janji julang ramai-ramai ikut SOP. Apa ada hal.
4. Duit Dapat Tampung Beli Penyerang Baru
Bulan Januari 2021 , EPL buka jendela perpindahan pemain. Ole boleh gunakan duit jual Martial untuk beli penyerang yang lebih bagus daripada dia. Ole pun dah fikir Cavani dan Ighalo cumalah pemain untuk jangka masa pendek waktu ini. Jadi harap dia dah ada beberapa calon penyerang baru untuk di bawa masuk ke Old Trafford.
Marcus Rashford is the fifth most valuable player in the world (€152.3m) #mulive [cies] pic.twitter.com/q0FzmM4TZP
— utdreport (@utdreport) June 8, 2020
Ed Woodward cakap , dia memang backup Ole untuk jangka masa panjang kelab milik keluarga Glazer ni. Siap nak pump duit $150 juta lagi untuk rembat player baru yang Ole inginkan.
5. Untuk Kepuasan Peminat Manchester United
Mana-mana peminat kelab di seluruh dunia waima kelab amatur sekalipun mahukan aksi yang konsisten terutama dari pemain yang mereka harapkan. Nak salahkan coach , VAR , formasi , jadual perlawanan yang padat , ini semuanya fan dah perhatikan. Dalam padanglah semua perkara ini lenyap apabila pemain menterjemahkan aksi yang berkualti untuk mencapai kemenangan.
fans manchester united tiap season: pic.twitter.com/vXo0v0Bl3D
— Feb (@abcdefby) December 3, 2020
Kekalahan itu perkara biasa dan kita akan bangkit semula. Tetapi kelemahan dan kekuatan kelab penyokong akan menilaikan sedalam-dalamnya.
Tetapi penyokong Manchester United tetap teguh berdiri untuk Red Devils kerana mengingatkan kata-kata lagenda agung Manchester United , Eric Cantona.