Expand To Show Full Article
5 Perkara Terhangat Skuad West Ham United - Grandstand Kita

5 Perkara Terhangat Skuad West Ham United

West Ham United yang menang 1-3 ke atas tuan rumah , Aston Villa malam semalam sedang berada di kedudukan tangga kelima dalam liga premier dengan 38 mata. Kemenangan yang keempat dalam lima perlawanan oleh skuad kendalian David Moyes.

Skuad The Hammers ini telah membuka mata para pemerhati bola sepak liga EPL di atas kemampuan pasukan ini mendaki tangga lima teratas dengan beza dua mata oleh Liverpool yang tewas mengejut kepada pasukan Brighton Albion 0-1 di Anfield malam semalam.

Pasukan West Ham United mungkin merupakan satu pasukan yang dipandang sinis oleh kelab gergasi EPL dalam saingan mencapai kejuaraan mahkota EPL. Tetapi kebangkitan anak-anak buah David Moyes ini pasti menjadi perhatian oleh jurulatih kelab lain selepas ini.

Ini adalah lima perkara terhangat kepada West Ham United.

1. Kemasukan Jesse Lingard@Jlingz dari Manchester United.

David Moyes mesti berasa teruja dengan kehadiran pemain pinjaman , Jesse Lingard ke kem West Ham United. Tanpa menunggu lama , Lingard telah membalas kepercayaan jurulatih itu apabila dua menjaringkan dua gol ketika menentang Aston Villa.

Lingard memberikan impak yang berkesan dalam debut ‘World Classnya’ dan ia telah mendapat reaksi positif dan pujian daripada pengendali berasa dari Scotland itu. Menurutnya , pemain berusia 28 tahun ini pasti dapat mengembalikan prestasi luarbiasanya selepas tidak mendapat tempat dalam skuad Solksjaer pada musim ini.

Vibe positif yang ditampilkan oleh pemain kebangsaan England ini pasti akan diteruskan untuk perlawanan yang seterusnya dengan semangat baru daripada pemain itu.

2. Pembelian termahal Said Benrahma

Pemain sayap kiri ini telah melengkapkan perpindahan dari Brenford dengan yuran perpindahan 25 juta euro sebenarnya dipinjamkan ke kelab West Ham United awal Oktober 2020 lalu. Pembelian tetap ini dimahukan oleh David Moyes selepas pemain kebangsaan Algeria menunjukkan prestasi yang mantap.

Pemain ini juga bukanlah seorang pemain terkenal , tetapi ia telah memecahkan rekod pembelian termahal dalam EPL pada perpindahan Januari 2021 yang telah pun ditutup pada 02 Februari lepas. Membuktikan pembelian itu berbaloi , aksi yang dipamerkan oleh pemain ini tidak meragukan ketika menewaskan Aston Villa dengan mencipta satu bantuan gol untuk Tomas Soucek.

3. Tomas Soucek Jantung The Hammers

Dibawah pengendalian David Moyes , Soucek telah menyerlahkan potensinya sebagai pemain tengah dan juga penjaring gol. Pemain kebangsaan Czech ini telah menjaringkan 10 gol pada musim ini. Ia merupakan satu pencapaian yang baik sebagai pemain tengah dan cuba menyamai rekod Bruno Fernandes.

Tampil dengan 22 perlawanan EPL ia secara jelas menunjukkan kepentingan pemain ini dalam kesebelasan utama West Ham United. Tomas Soucek juga merupakan pemain yang banyak memberikan mata kepada pemain Fantasy Premier League (FPL) dalam liga-liga FPL yang dianjurkan di seluruh dunia.

4. Mata tertinggi yang dikutip setakat ini.

Musim 2019/2020 , West Ham United hanya mampu mengutip 39 mata sahaja dan berada ditangga ke 16.

Namun , anak-anak buah Moyes menunjukkan prestasi yang ampuh sehingga dapat mencapai 38 mata dan berada di tempat kelima di bawah Liverpool awal Februari 2021 ini.

Kedudukan ini dapat dikekalkan oleh skuad David Moyes sekiranya mampu memberikan aksi yang konsisten sehingga ke penghujung musim.

5. David Moyes , Jose Mourinho & Solksjaer

Umumnya kedua jurulatih ini ialah bekas pengendali Manchester United berdepan dengan tugas berat untuk menumbangkan skuad itu kerana Solksjaer telah membuktikan beliau seorang pengurus yang berjaya mengubah Setan Merah kembali mempunyai “winning mentality”

Buktinya , anak buah Solksjaer meratah Southampton 9-0 di Old Trafford malam semalam menunjukkan mereka berada dalam landasan tepat untuk menggondol juara liga EPL 2021.

Manchester United telah menewaskan West Ham pada 6 Disember lepas dengan keputusan 1-3 di London Stadium. Kedua pasukan ini bakal bertemu di saingan Piala FA Emirates Cup pusingan kelima pada Mac ini.

Spurs hanya mampu seri dengan West Ham dalam perlawanan liga premier pada Oktober yang lalu. Mereka akan bertemu semula pada 21 Februari ini.

Rumusan

Mampukah skuad Moyes boleh mencipta sejarah dalam EPL musim 2021 ini untuk berada di kelompok lima teratas dan seterusnya mempunyai peluang cerah untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah?

Hanya masa yang akan menentukan di manakah mereka dipenghujung musim nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini