Dalam satu sidang media oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor , Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail pada 21 Oktober 2020 yang lalu menyatakan bahawa baginda akan membawa masuk seorang pemain import kelahiran Brazil iaitu Camilo da Silva Sanvezzo yang bermain di liga utama Mexico (Liga MX) untuk menggantikan Diogo Luis Santo yang kembali bermain di liga Thailand. Pemain ini mewakili kelab Mazatlan FC , salah satu pasukan utama dalam liga Mexico.
Bagaimanapun pemain itu membuat u-turn dengan menandatangani kontrak baru bersama kelab Mazatlan sehingga tahun 2022. Buat masa ini , TMJ kekal tenang dan bersedia membuat kejutan untuk para penyokong Harimau Selatan tentang siapakah penyerang import yang akan menandatangani kontrak dengan juara tujuh musim Liga Super Malaysia untuk musim depan.
Tetapi apakah pengendali Johor Darul Takzim , Benjamin Mora yang telah menandatangani kontrak baru bersama JDT sebagai jurulatih dan pengurus berani mempertaruhkan penyerang tempatan sebagai peledak untuk musim 2021 tanpa perlu menunggu kehadiran penyerang import baru.
Berikut ini adalah senarai lima penyerang tempatan yang mampu menggantikan Diogo Luis Santo sebagai penyerang utama bagi kelab Johor Darul Ta’zim pada musim 2021 nanti.
1.Shahrel Fikri Fauzi (Eky)
Penyerang berjersi nombor 10 ini merupakan penyerang tempatan yang berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak di CIMB Liga Super 2020 ini dengan 10 gol walaupun hanya bermain 10 perlawanan daripada 11 perlawanan yang telah dilangsungkan. Beliau tewas dalam memenangi Anugerah Kasut Emas kepada penyerang Selangor Ifedayo Olusegun dengan perbezaan dua gol sahaja iaitu 12 gol.
⚽️ PENJARING TERBANYAK CIMB LIGA SUPER
🔟⚽️ Sepuluh gol dijaringkan oleh penyerang Perak, Shahrel Fikri Fauzi setakat ini! 🟡⚫️
Shahrel diikuti Ifedayo Omosuyi (Selangor) dan Dominique da Sylva (Terengganu FC).#ForwardFootball#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/kCHXeinmPj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 6, 2020
Musim 2020 ini Eky diberikan kepercayaan oleh jurulatihnya Mehmet Durokovic untuk mengemudi bahagian serangan berganding dengan Leandro Dos Santos dan penyerang yang pernah bermain dengan kelab Nakhon Ratchashima di liga Thailand pada tahun 2018 ternyata tidak mengecewakan jurulatihnya.
Ketika Perak menewaskan Melaka United , 5 -1 empat jaringan itu adalah daripada Eky yang menjadi watak penting kemenangan besar dalam CIMB Liga Super Malaysia pada 25 September lalu. Dalam skuad kebangsaan Malaysia , Eky juga menjaringkan hatrik ketika menewaskan Timor Leste dalam kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 pusingan pertama Jun 2019.
Penyerang berusia 26 tahun bermain seperti Diogo ,boleh bermain di posisi second striker no. 9 atau false9 dan juga no.10. Ini menunjukkan betapa tajamnya beliau dalam aksi 10 perlawanan terdahulu walaupun gagal membantu Perak untuk meraih kedudukan tiga teratas dalam Liga Super Malaysia.
#BHSukan Shahrel Fikri Md Fauzi yang beraksi bersama Perak dan Danial Asri (Selangor II) berjaya memperagakan ketajaman masing masing dengan empat gol yang diledak setakat ini dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana.https://t.co/BGwqpdrH0m
— Berita Harian (@bharianmy) September 18, 2020
Disebabkan itulah Red Giants berusaha membawa masuk penyerang itu ke dalam skuad Selangor untuk musim 2021 bagi memperkuatkan pasukan Selangor. Ini bermakna Selangor mengakui kehebatan beliau di atas padang. Penyerang ini masih lagi membuat pertimbangan samada kekal bersama Perak kerana kontraknya akan berakhir pada 31 Disember 2020 atau mencari destinasi baru.
2. Mohamadou Sumareh
Bekas pemain negeri Pahang FA yang sekarang dikenali sebagai Sri Pahang pernah dikaitkan dengan kelab Johor Darul Ta’zim pada awal tahun ini. Khabar angin ini begitu kuat apabila Mathiew Davies berhijrah ke JDT untuk mencari cabaran baru pada Februari 2020. Tidak lama selepas berita itu , Sumareh yang juga merupakan seorang pemain penyerang natrulisasi Malaysia bersetuju untuk bermain di liga utama Thailand iaitu mewakili kelab Police Tero FC. Kontroversi ini terjadi di antara Pahang dan Sumareh apabila kontrak beilau bersama Tok Gajah terbatal selepas klausa 8. diaktifkan.
Pahang FA dikatakan tidak membayar gaji Sumareh lebih daripada satu kali menyebabkan klausa berkenaan diaktifkan yang mana pemain boleh menamatkan tanpa apa-apa kesan (sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan. Pemain juga berhak berunding mana-mana kelab baru yang ingin mendapatkan khidmat pemain berkenaan dan kelab semasa mesti melepaskan pemain itu ke kelab baharu termasuklah sijil perpindahan pemain (SPN) tanpa syarat sebaik sahaja kontrak itu ditamatkan dan tiada pampasan atau bayaran pemindahan lanjut boleh dikenakan kepada kelab baharu.
PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepakhttps://t.co/WutEfwhGpb
— VOCKET FC (@vocketfc) October 27, 2020
Kontroversi ini terus berlanjutan apabila Jawatankuasa Tatatertib PBNP mengenakan hukuman gantung dua tahun bagi setiap kesalahan tersebut daripada sebarang aktiviti bola sepak kepada pemain natrulisasi Malaysia itu. Walau bagaimanapun ia tidak menghalang Sumareh daripada mewakili kelab Police Tero FC. pada awal September 2020 yang lalu dan kontraknya bersama kelab itu hanyalah enam bulan sahaja dan berakhir apabila Liga Thailand sampai ke penghujung musim.
Dengan pengesahan daripada pemain kelahiran Gambia ini , kemungkinan Sumareh akan kembali ke Liga Super Malaysia pada tahun 2021 sekaligus menimbulkan persoalan destinasi pemain itu yang dikaitkan dengan pasukan yang berpengkalan di Selatan , Lembah Klang atau ke pasukan di Pantai Timur.
3. Syafiq Ahmad
Anak kelahiran Sungai Ara Georgetown , Pulau Pinang ini telah memasuki tahun ketiga bersama kelab JDT. Penyerang ini boleh dianggap sebagai ‘poacher’ kerana ketepatannya berada di masa dan posisi yang tepat menjaringkan gol dalam kotak penalti sama ada tandukan atau sepakannya. Syafiq Ahmad menjaringkan gol ketika menentang Felda United berakhir dengan keputusan seri 1 – 1 pada Mac 2021 sebelum CIMB Liga Super Malaysia terpaksa dihentikan berikutan langkah kerajaan membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 untuk mengawal pandemik Covid-19 yang telah merebak di seluruh dunia.
𝟮𝟬𝟮𝟬 𝗚𝗼𝗮𝗹 𝟴: 𝗝𝗗𝗧 𝟭-𝟭 𝗙𝗲𝗹𝗱𝗮 𝗨𝗻𝗶𝘁𝗲𝗱
🎥 An inch-perfect cross by Davies finished off clinically by #Syafiq Ahmad.#JDT#CIMBLigaSuperMalaysia#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/bqLraiTC7y— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 26, 2020
Syafiq Ahmad mendapatkan jaringan kedua peribadinya apabila JDT membenam Melaka United 5-0 pada Oktober yang lalu. Walaupun beliau kurang mendapat minit permainan pada tahun ini kerana perlu bersaing dengan Sapawi Rasid , Luiz Cabrera dan Diogo , namun permainannya masih mengancam dan boleh menghasilkan gol.
Tahun 2019 , Syafiq Ahmad telah menjaringkan lima gol dalam 13 perlawanan antarabangsa di bawah kendalian Tan Cheng Hoe hanya defisit satu gol sahaja dengan Sapawi Rasid yang telah menjaringkan enam gol untuk skuad Harimau Malaya. Statistik jaringan gol ini menunjukkan bahawa Syafiq Ahmad boleh menjadi penyerang yang profilik dan berbahaya kepada kelab-kelab lain nanti.
#LegasiLagenda#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang #SukanSatukanMalaysia#integriti#pengorbanan#kesabaran
Syafiq Ahmad @syafiqahmad28 semakin panas membara…meledakkan ‘hat-trick’ membantu Harimau Malaya membenam Sri Lanka 6-0. pic.twitter.com/92oVaRGzib
— Legasi Lagenda (@Legasi_Lagenda) October 6, 2019
Cuma Syafiq Ahmad ini perlu diberikan minit permainan yang lebih banyak supaya dia dapat mengekalkan prestasi dan konsistennya di atas padang. Pemain yang memakai jersi bernombor 28 ini sudah tentu berada di dalam perancangan yang rapi oleh Benjamin Mora bagi memastikan penyerang ini sentiasa berada dalam prestasi yang memuncak.
4. Ramadhan Saifullah
Pemain muda yang baru berusia 19 tahun telah menunjukkan prestasi permainan yang sangat bagus. Tahun ini sahaja , Ramadhan telah menjaringkan empat gol dengan hanya tujuh penampilan sahaja dalam semua pertandingan kompetetif tempatan. Produk 100% dari Akademi JDT ini antara pemain muda yang sangat menyerlah dalam permainannya sehinggakan beliau dalam radar panggilan skuad Harimau Malaya oleh Tan Cheng Hoe untuk aksi perlawanan antarabangsa pada tahun hadapan.
THE YOUNGEST GOAL SCORER IN MSL20:
RAMADHAN SAIFULLAH (FWD)@rmdhnn11
JDT
19 years, 8 months, 19 days
(vs Pahang)Performance in #MSL20:
7 apps (4 subs)
254 playing minutes
4 goals
0 yellow card
0 red card#OptaJ pic.twitter.com/tJTONx6fH5— OptaJ (@OptaJ_Analytics) November 11, 2020
Pemain ini telah mendapat pujian daripada TMJ hasil persembahan yang terbaik beliau tampilkan. Baginda juga sebenarnya akan memberikan lebih banyak peluang untuk pemain ini beraksi dalam perlawanan termasuklah di saingan ACL dan Piala Malaysia namun malangnya perancangan itu terhenti kerana JDT menarik diri daripada pentas ACL yang berprestij itu kerana kerajaan tidak membenarkan JDT untuk keluar negara kerana polisi menutup pintu masuk dan keluar negara akibat Covid-19. Ramadhan juga telah terlepas aksi Piala Malaysia berikutan MFL membatalkan pertandingan itu setelah tidak mendapat kelulusan meneruskan saingan itu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ketika ini kes aktif Covid-19 masih lagi berada empat angka tanpa pasti bilakah ia akan berakhir.
5. Arif Aiman Hanapi
Bakatnya diasah daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Selepas itu beliau menyertai Akademi JDT untuk mengembangkan potensi beliau. Arif Aiman ini menjadi pemain paling muda dalam MSL2020 pada usia 17 tahun 10 bulan 10 hari ketika menentang Felda United sebagai pemain gantian. Pemain ini telah menjadi tumpuan oleh penyokong Harimau Selatan kerana memecah rekod menjadi pemain paling muda yang menjaringkan gol di TM Piala Malaysia pusingan kalah mati menewaskan Kuching FA. Jaringan beliau memastikan kelab JDT mara ke suku akhir dalam Piala Malaysia sebelum pertandingan itu terpaksa dibatalkan kerana atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akibat peningkatan kes Covid-19.
18-year-old Arif Aiman Hanapi, a product of the Johor Darul Ta'zim FC Academy, became the youngest scorer in the senior team's history after scoring in the TM Piala Malaysia 2020 match between JDT and Kuching FA at the Larkin Stadium on Friday, 6 November 2020. pic.twitter.com/6dWp4EEYbI
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 6, 2020
Kunci bagi kejayaan pemain-pemain muda seperti Ramadhan dan Aiman menyerlahkan prestasi yang amat mengkagumkan ialah sokongan daripada pemain senior dan dapat bermain bersama penyerang import seperti Diogo serta Cabrera. Sudah pasti kedua-dua pemain ini masih perlu lagi digilap kemahiran bolasepaknya supaya boleh menjadi seorang penyerang profilik membawa kelab JDT dan Malaysia ke pentas antarabangsa yang lebih gemilang. Mungkin pada suatu hari nanti mereka berdua mendapat tempat di kelab-kelab luar negara seperti Luqman Hakim dan Sapawi Rasid yang berkelana di Eropah untuk mendapatkan pengalaman dan merasai permainan yang lebih pantas dan berkualiti tinggi.
Rumusan
Perancangan oleh DYAM Tengku Mahkota Johor untuk kelab JDT sentiasa dinantikan oleh penyokong Harimau Selatan. Kejayaan JDT menjadi penakluk bolasepak Malaysia tidak boleh dipertikaikan lagi. Penyokong sentiasa teruja untuk melihat sebuah kelab kecil dari selatan boleh mara lebih jauh lagi terutama dalam saingan Liga Juara Asia.
Justeru itu , samada menggutamakan penyerang tempatan atau perancangan pembelian penyerang import baru sudah tentulah diperhalusi oleh TMJ bersama dengan individu kepercayaannya seperti Pengarah Teknikal JDT , Alistair Edwards dan pengurus merangkap jurulatih JDT , Benjamin Mora untuk meningkatkan kualiti permainan JDT dalam mencabar gergasi-gergasi kelab Asia serta terus mengekalkan kejuaraan kali ke lapan Liga Super Malaysia untuk musim 2021. Ianya memang pasti diserahkan kepada individu yang pakar dan mahir serta berpengalaman luas dalam bola sepak khususnya kepada kelab Johor Darul Ta’zim.
.