Ketua Jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim pada hari ini menerima anugerah Panglima Jasa Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Pengurniaan anugerah Panglima Jasa Kuala Lumpur itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sekaligus memberi gelaran Datuk.
Pengurniaan anugerah tersebut adalah atas jasa Teong Kim kepada pembangunan bola sepak tanah air selama ini.
Pernah menyarung jersi beberapa pasukan Liga Malaysia ketika bergelar pemain, Teong Kim yang turut beraksi bersama Kuala Lumpur pada 1984 sehingga 1986 turut pernah beraksi di luar negara bersama Hertha BSC dan Ibiza.
Tahniah Ketua Jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim atas anugerah Pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.
YBhg. Datuk Lim Teong Kim pic.twitter.com/wUZK1bS86s
— PTY (@PerakTheYob) February 1, 2023
Jurulatih berusia 59 tahun itu juga pernah bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sebagai jurulatih pasukan remaja kelab itu, dan membantu kelab Bavarian itu melahirkan pemain termuka dunia seperti Thomas Muller, Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, dan Toni Kroos.
Pada 2013, Lim Teong Kim kemudiannya kembali ke Malaysia setelah ditawarkan kontrak untuk menjadi pengarah projek National Football Development Programme (NFDP).
Antara produk paling menyerlah dihasilkan program NFDP yang dikelolakan Teong Kim adalah seperti Luqman Hakim yang kini bersama KV Kortrijk di Liga Jupiler Pro League, Belgium.
Teong Kim kemudiannya dilantik sebagai pengendali Perak pada musim ini untuk membantu juara lapan kali Piala Malaysia itu kembali ke era zaman kegemilangan.
Ketika karier permainannya, Teong Kim pernah melakukan sebanyak 60 kali buat pasukan negara ketika zaman kegemilangannya, iaitu pada 1982 hingga 1991.