18 tahun yang lalu Zinedine Zidane menjaringkan gol yang ramai anggap sebagai jaringan terhebat dalam sejarah UEFA Champions League.
Perlawanan akhir Champions League musim 2001/02 diadakan pada 15 Mei melibatkan pasukan Real Madrid dan Bayern Leverkusen.
Perlawanan tersebut berlangsung di Hampden Park, Scotland dan ‘Zizou’ tampil sebagai pemain yang membezakan kedua-dua pasukan pada malam tersebut.
ON THIS DAY: In 2002, Zinedine Zidane scored one of the finest Champions League goals ever in the final v Leverkusen. pic.twitter.com/rrLes2L9eB
— Squawka Football (@Squawka) May 15, 2015
Real terlebih dahulu mendahului 1-0 dalam perlawanan di Glasgow itu melalui Raul pada awal perlawanan. Tetapi Bayern Leverkusen juga bukan calang-calang pasukan pada ketika itu.
Manchester United dan Liverpool adalah antara dua kelab yang disingkirkan oleh kelab Jerman itu dalam laluan ke perlawanan akhir.
Tidak menunggu lama, Leverkusen pantas menyamakan kedudukan melalui pemain pertahanan Lucio yang melonjak tinggi menanduk masuk hantaran Bernd Schneider pada minit ke-13 perlawanan.
Day 1: A goal scored by your favourite ever player
Zidane v Bayern Leverkusen (2002) pic.twitter.com/5hNkYKBYHO
— Andrew (@AndrewWatt7) May 14, 2020
Kredit juga harus diberikan kepada Leverkusen kerana beraksi tanpa pemain bintang mereka dari Brazil, Ze Roberto tetapi masih mampu bersaing dengan Real Madrid.
Turut menyukarkan kelab Bundesliga itu adalah aksi tangkas Iker Casillas yang tampil sebagai pemain gantian dan masih muda pada ketika itu.
Penjaga gol Sepanyol itu berjaya menafikan dua percubaan lewat Carsten Romelow selepa dimasukkan pada babak kedua akibat kecederaan Cesar Sanchez.
Gol kemenangan dari Zidane bermila dari larian yang dilakukan oleh Roberto Carlos dari sisi sayap kiri sebelum bola dihantar kepada Zidane.
Pemain tengah Perancis itu mengubah gerakan badannya, sebelum menyambut hantaran dengan voli kaki kiri deras mengegarkan jaring.
Hans-Jörg Butt mungkin melakukan kesilapan ketika dibolosi oleh Raul untuk gol pertama Los Blancos.
Namun Butt langsung tidak diberikan peluang ketika berhadapan percubaan Zidane yang menampilkan teknik amat menakjubkan untuk menyempurnakan peluang tersebut.
Gol tersebut membezakan kedua-dua pasukan dan memberikan Madrid kejuaraan ke-9 mereka di Eropah.