Kepa Arrizabalaga menampilkan aksi hebat ‘triple save’ untuk menafikan Liverpool gol penyamaan di perlawanan Piala FA pada awal pagi tadi.
Penjaga gol antarabangsa Sepanyol berusia 25 tahun itu bersaing tempat dengan Willy Caballero untuk posisi No,1 Chelsea.
Sering kali dikritik dan menjadi punca pertelagahan Frank Lampard dengan Marina Granovskaia, Pengarah Sukan Chelsea kerana tindakan Lampard yang sering kali merehatkan penjaga gol itu di bangku pemain simpanan.
Selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan, Kepa diberikan peluang oleh Lampard berhadapan juara eropah, Liverpool.
Sensational from @kepa_46, who makes three incredible reaction saves in quick succession to keep us ahead! 👏
🔵 1-0 🔴 [22'] #CHELIV pic.twitter.com/PLtVGjUe7C
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 3, 2020
Antara percubaan yang diselamatkan oleh Kepa adalah percubaan jarak dekat Sadio Mane, dan rembatan deras daripada Divock Origi.
Kepa meneruskan kecemerlangannya dengan menafikan percubaaan pemain muda berbakat berusia 19 tahun Liverpool, Curtis Jones.
Secara keseluruhan, Kepa menyelamatkan lima percubaan tepat daripada Chelsea dalam perlawanan ini.
Perkara sebaliknya berlaku kepada pejaga gol kedua Liverpool, Adrian yang beraksi cemerlang untuk kelab Merseyside itu sebelum ini apabila menampan bola masuk ke gawang sendiri hasil rembatan deras Willian.
Gol tersebut berpunca daripada kesilapan Fabinho yang hilang bola di hadapan kotak penalti, sekaligus memberikan ruang secukupnya untuk Willian melepaskan rembatan deras.
Satu lagi jaringan oleh Chelsea dihasilkan oleh Ross Barkley pada minit ke-64 perlawanan, sekaligus melenyapkan impian Liverpool memburu gelaran treble mereka pada musim ini.
Laporan Daily Mail sebelum ini berkata Marina tidak senang dengan tindakan Lampard kerana berpendapat tindakan tersebut akan menurunkan nilai pemain itu di pasaran pemain.
Marina membelanjakan £71 juta untuk mendapatkan Kepa dari Athletic Bilbao pada musim panas 2018 untuk menjadi penjaga gol termahal dunia.
Marina bertegas tidak akan menjual Kepa keluar dari Stamford Bridge pada harga kurang dari nilai tersebut, dan sukar membayangkan mana-mana kelab inginkan Kepa pada nilai tersebut.
Mungkinkah tindakan heroic Kepa kali ini bermakna beliau akan kembali memperolehi kepercayaan daripada Lampard?