Aksi tendangan brutal Ante Rebic pada dalaentus vs AC Milan disamakan dengan ulah Nigel De Jong saat di Piala Dunia 2010.
Milan tersingkir dari Coppa Italia setelah hanya mampu perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Allianz tanpa sebarang jaringan pada awal pagi tadi.
Juventus pula mara ke perlawanan akhir bersandarkan keputusan seri 1-1 yang dicatatkan di San Siro sebelum ini.
Rebic is sent off‼️.
Ante Rebic catches Danilo with a high foot and is immediately sent off by the referee.pic.twitter.com/H94MmRf1cQ— SportsAshkuz.com (@SportsAshkuz) June 12, 2020
Tatkala semua pihak gembira kerana bola sepak di Itali kini telah kembali, perlawanan itu bagaimanapun dicemari oleh layangan kad merah yang diterima Ante Rebic seawal minit ke-16 perlawanan.
Pengadil perlawanan tiada pilihan selain memberikan straight red card kepada Rebic selepas pemain itu menggunakan kakinya menendang tepat ke arah dada Danilo.
Rebic with his best De Jong impression on that flying kick pic.twitter.com/352a0s5EI5
— Zoomer-In-Chief (@VJVemu) June 12, 2020
Aksi tersebut dilihat mirip yang dilakukan oleh bekas pemain Milan, Nigel de Jong ketika beraksi bersama Belanda di Piala Dunia 2010.
Ketika menyarung jersi negaranya di perlawanan akhir Piala Dunia 2010, De Jong menendang dada Xabi Alonso dalam situasi perebutan bola.
Juventus get a penalty.
Cristiano Ronaldo hits the post.
Ante Rebic is sent off for AC Milan six seconds later.
Football is back 😍.
pic.twitter.com/e67FCqrt2U— Dammit Arsenal 🤦🏻♀️ (@DammitArsenal) June 12, 2020
Kekasaran tersebut memaksa Alonso mendapat rawatan dari pasukan medik pada ketika itu.
Bezanya dengan Rebic, De Jong tidak menerima arahan keluar padang – yang mengejutkan ramai pemerhati bola sepak.
Walaupun beraksi dengan 10 pemain lebih sejam, Juventus gagal membolosi gawang Milan sepanjang 90 minit perlawanan.
Perlawanan turut menyaksikan Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti sejurus sebelum insiden tendangan brutal itu.