Lihat Tarian Gelek Ander Skaarup Rasmusen Rai Kejayaan Di Master Sepanyol

Dunia badminton menyaksikan Kejohanan Sepanyol Masters 2020 baharu sahaja melabuhkan tirai.

Beberapa elemen kejutan terutama untuk perseorangan wanita telah pun berlaku.

Tatkala kejohanan ini dilihat ramai sebagai pentas untuk pemain tuan rumah Carolina Martin untuk menyinar, tampil pula pemain dari Thailand, Pornpawee Chouchuwong mencipta kejutan di perlawanan akhir.

Pemain No.20 dunia, Pornpawee mengejutkan Marin 11-21, 21-16, 21-18 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 77 minit.

Ia adalah kejuaraan dunia pertama oleh Pornpawee dan merupakan kemenangan pertama beliau ke atas Marin dalam enam pertemuan.

Di perlawanan akhir perseorangan lelaki pula, bintang meningkat naik dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn gagal memberikan cabaran diharapkan untuk menyanyingi Viktor Axelsen yang mempertahankan kejuaraan.

Axelsen menang mudah 21-16, 21-13 dalam pertemuan tersebut.

Perseorangan lelaki turut mencuri tumpuan apabila gandingan Kim Astrup-Ander Skaarup Rasmussen dari Denmark menewaskan pasangan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin 21-17,21-19.

Lebih daripada kemenangan tersebut, iana adalah tarian oleh Rasmussen yang mencuri perhatian ramai.

Saksikan tarian keraian oleh Rasmussen melalui pautan di bawah:

Berikut adalah senarai penuh di kejohanan Masters Sepanyol 2020:

FINAL RESULTS

Men’s singles: Viktor Axelsen (Den) bt Kunlavut Vitidsarn (Tha) 21-16,21-13.

Men’s doubles: Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Den) bt Lee Yang-Wang Chi-lin (Tpe) 21-17,21-19.

Women’s singles: Pornpawee Chochuwong (Tha) bt Carolina Marin (Spa) 11-21,21-16,21-18.

Women’s doubles: Greysia Polii-Apriyani Rahayu (Ina) bt Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (Bul) 18-21,22-20,21-17.

Mixed doubles: Kim Sa-rang-Kim Ha-na (Kor) bt Thom Gicquel-Delphine Delrue (Fra) 15-21,21-11,21-10.

Kongsi artikel ini